Shahzan Muda's tag archives

Melaka, Shahzan Muda tersingkir ke Liga FAM

DUA pasukan tercorot Liga Perdana, Melaka dan Shahzan Muda tersingkir dari saingan Liga Perdana musim depan dan bakal beraksi di Liga FAM selepas menamatkan saingan di tangga ke-11 dan 12. Dalam perlawanan terakhir musim 2010 malam ini, Melaka diaibkan Sarawak 1-6 di gelanggang sendiri, manakala Shahzan Muda dibelasah 1-4 oleh USM FC di Stadium [...]

Shahzan Muda tersingkir, Felda menang tipis

FELDA United terus kekal di tangga teratas Liga Perdana selepas menewaskan Shahzan Muda 1-0 di Stadium Darulmakmur, Kuantan, malam tadi yang turut menyaksikan PKNS Selangor mengekori rapat selepas menewaskan Polis 4-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya. Jaringan tunggal Khairul Izwan Khalid pada minit ke-5 permainan sudah [...]

Sabah garang benam Shahzan Muda

SABAH terus memberi tekanan ke atas pendahulu Liga Perdana, Felda United apabila mencatat kemenangan 4-0 mengatasi Shahzan Muda di Stadium Likas malam tadi. Keputusan itu sekali gus memberikan peluang terbaik buat Sabah untuk memintas Felda yang sekadar seri 1-1 ketika beraksi menentang PDRM. Tambahan pula Sabah yang hanya ketinggalan dua [...]

Felda United terajui Liga Perdana, ATM belasah MP Muar

FELDA United naik ke tangga teratas carta Liga Perdana selepas menewaskan USM FC 4-1 dalam aksi malam ini, manakala Selangor PKNS jatuh ke tangga kedua menerusi perbezaan gol selepas diikat 1-1 oleh tuan rumah, Sarawak di Kuching. Di Stadium Olahraga USM, Fatrurazi Rozi menjadi wira Felda United apabila menjaringkan hatrik untuk mengukuhkan [...]

Shahzan Muda terus kempunan mata penuh

SHAHZAN Muda terpaksa bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengikat Tentera 1-1 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi. SELEPAS dibelasah Melaka 3-0 pada aksi pembukaan liga Isnin lepas, Shahzan Muda gagal memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri. Sebaliknya pasukan pelawat berjaya mendahului [...]

Selangor PKNS rampas takhta Liga Perdana

ENAM perlawanan Liga Perdana yang berlangsung malam ini menyaksikan Selangor PKNS berjaya merampas kedudukan teratas liga daripada Melaka selepas menang 2-0 ke atas Sabah di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya. Ia sekali gus menuruti jejak langkah pasukan negeri itu apabila mengungguli takhta Liga Super daripada [...]

Melaka guna pendekatan latihan ala tentera

PERSATUAN Bola Sepak Melaka (MAFA) mengambil pendekatan drastik melengkapkan skuad Liga Perdana negeri itu menerusi latihan ala tentera selama enam hari bagi mengharungi saingan pertamanya berdepan Shahzan Muda pada 11 Januari ini. Latihan yang bermula Ahad lalu dan akan berakhir Jumaat ini, diadakan di Kem Terendak, Sungai Udang dalam misi [...]
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.