Berita, Info Liga Malaysia, Liga Super, Liga Perdana, Piala Malaysia
Liga Perdana's tag archives

Melaka, Shahzan Muda tersingkir ke Liga FAM
DUA pasukan tercorot Liga Perdana, Melaka dan Shahzan Muda tersingkir dari saingan Liga Perdana musim depan dan bakal beraksi di Liga FAM selepas menamatkan saingan di tangga ke-11 dan 12. Dalam perlawanan terakhir musim 2010 malam ini, Melaka diaibkan Sarawak 1-6 di gelanggang sendiri, manakala Shahzan Muda dibelasah 1-4 oleh USM FC di Stadium [...]
Sabah kembali ke Liga Super
GOL tunggal Farid Idris pada minit kelima bukan saja memberikan kemenangan berharga buat Sabah untuk mengatasi Pos Malaysia 1-0, malah memastikan pasukan Borneo itu kembali beraksi ke Liga Super bagi musim depan. Kemenangan itu membolehkan Sabah memintas pasukan PKNS FC untuk menduduki tangga kedua Liga Perdana di belakang Felda United dengan [...]
Felda United Juara Liga Perdana 2010
FELDA United mengesahkan kejuaraan Liga Perdana 2010 lebih awal ketika saingan tersebut masih berbaki satu perlawanan selepas menewaskan Harimau Muda 1-0 di Stadium Hang Tuah, Melaka, malam ini. Keputusan itu meletakkan Felda United memungut 49 mata, empat mata mengatasi pencabar terdekat, PKNS dan Sabah dan tidak mampu lagi digugat oleh [...]USM 1-0 Sabah
SABAH gagal memintas Selangor PKNS apabila tewas mengejut kepada USM FC 0-1 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Olahraga Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang malam ini. Sabah terpaksa bermain dengan 10 pemain mulai minit ke-17 apabila Bobby Gonzales dilayangkan kada merah kerana membantah dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap [...]
Felda United kecewakan PKNS 2-1
FELDA United semakin menghampiri gelaran Liga Perdana 2010 selepas menewaskan pencabar terdekatnya, PKNS FC 2-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini. Munir Amran muncul wira Felda United apabila menjaringkan gol kemenangan tuan rumah pada minit-minit akhir perlawanan menerusi rembatan deras daripada [...]
Sabah atasi Sarawak 2-1
SABAH mencerahkan peluang untuk mencabar dua pasukan teratas liga selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas pasukan jiran, Sarawak dalam aksi Liga Perdana di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam ini. Keputusan itu bagaimanapun tidak mengubah kedudukan Sabah yang kini berada di tangga ketiga Liga Perdana, sekalipun jika PKNS FC tewas kepada Felda [...]
Shahzan Muda tersingkir, Felda menang tipis
FELDA United terus kekal di tangga teratas Liga Perdana selepas menewaskan Shahzan Muda 1-0 di Stadium Darulmakmur, Kuantan, malam tadi yang turut menyaksikan PKNS Selangor mengekori rapat selepas menewaskan Polis 4-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya. Jaringan tunggal Khairul Izwan Khalid pada minit ke-5 permainan sudah [...]
Sabah garang benam Shahzan Muda
SABAH terus memberi tekanan ke atas pendahulu Liga Perdana, Felda United apabila mencatat kemenangan 4-0 mengatasi Shahzan Muda di Stadium Likas malam tadi. Keputusan itu sekali gus memberikan peluang terbaik buat Sabah untuk memintas Felda yang sekadar seri 1-1 ketika beraksi menentang PDRM. Tambahan pula Sabah yang hanya ketinggalan dua [...]
Kedudukan Felda United mula terancam
PENDAHULU Liga Perdana, Felda United mencatat keputusan seri kedua berturut-turut apabila diikat PDRM 1-1 dalam aksi malam ini. Keputusan itu sekali pun mengekalkan Felda United di tangga teratas liga namun mula dihimpit dua lagi pasukan, PKNS dan Sabah yang mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing. Sabah yang kekurangan satu [...]
PKNS 5-1 Melaka
SELANGOR PKNS kembali memberi saingan untuk merebut posisi terbaik kedudukan Liga Perdana selepas membelasah Melaka 5-1 dalam aksi di Kelana Jaya malam tadi. Tuan rumah bagaimana pun dikejutkan oleh gol pembukaan pasukan Melaka menerusi jaringan Rafie Katin pada minit ke-30. Namun gol itu tidak bertahan lama apabila PKNS berjaya menyamakan [...]
Pos Malaysia hampir kejutkan Felda United
PENDAHULU Liga Perdana, Felda United gagal mengutip tiga mata penuh apabila diikat 1-1 oleh Pos Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi. Bagaimana pun keputusan seri itu masih meletakkan Felda United tiga mata mengatasi pasukan tangga kedua, PKNS FC yang merampas kedudukan itu daripada Sabah selepas membelasah Melaka [...]
Melaka 0-4 Felda United
PENDAHULU Liga Perdana, Felda United mengukuhkan kedudukan tangga teratas apabila mencatat kemenangan besar dengan menumpaskan Melaka 4-0 di Stadium Hang Tuah, Melaka, malam tadi. (LIHAT VIDEO) Penjaring terbanyak Felda, Fatrurazi Rozi meledakkan gol pada minit ke-17 dengan Norismae Idham menambah jaringan kedua pada minit ke-45, diikuti gol [...]
Sabah 2-1 ATM
SABAH beraksi cemerlang untuk merapatkan jurang perbezaan mata dengan pendahulu Liga Perdana apabila berjaya menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah malam tadi. (LIHAT VIDEO) Begitu pun kemenangan berkenaan masih belum mencukupi untuk mengatasi Felda United yang kekal unggul di persada Liga Perdana [...]
PKNS kembali huni tangga kedua
PKNS FC kembali merampas tempat kedua daripada Sabah selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas MP Muar dalam aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya Kelana Jaya malam tadi. Sabah yang diikat dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan pendahulu liga, Felda United melepas peluang untuk kekal di tangga kedua apabila pasukan tuan [...]
Felda United, Sabah sama kuat
FELDA United gagal mengutip tiga mata penuh apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Sabah pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras, malam ini. Keputusan seri itu bagaimanapun gagal menggugat Felda United yang kini unggul di tangga teratas dengan 35 mata. Selangor PKNS pula merampas tempat kedua liga [...]
Felda selesa, Sabah lonjak tangga kedua
FELDA United mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu saingan Liga Perdana apabila mencatat kemenangan 1-0 ke atas Majlis Perbandaran Muar di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, malam tadi. Mengekori mereka adalah Sabah yang melonjak ke tangga kedua daripada tangga keempat, selepas menewaskan Polis 3-1 di Stadium Likas, hasil dua gol Razlan [...]
Felda United belasah MP Muar 10-0
PENDAHULU Liga Perdana, Felda United berpesta gol setelah mencatat kemenangan besar membelasah 10-0 Muar FC di Stadium Cheras, malam ini. Dengan kemenangan tersebut Felda United yang kini mengumpul sebanyak 28 mata terus mengukuhkan kedudukannya dalam saingan liga pada musim ini. Gol-gol bagi Felda United dijaringkan oleh Ashadi Yusof (minit [...]
ATM kejutkan Felda, Sabah pintas Harimau Muda
REKOD sembilan perlawanan tanpa kalah milik Felda United berakhir apabila tumpas di tangan ATM 0-1 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Selayang yang berakhir sebentar tadi. Pasukan tuan rumah memperoleh gol kemenangan menerusi jaringan penyerang V Saravanan untuk mengekalkan posisi di tangga ketiga carta liga. Manakala Felda United, sekali [...]
ATM mahu sekat Felda United
SKUAD Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memburu tiga mata penuh ketika mereka menanti kunjungan pendahulu Liga Perdana, Felda United di Stadium Selayang malam ini. Felda United kini mengumpul 25 mata manakala ATM di tangga ketiga dengan 18 mata, kurang empat mata berbanding pasukan di tangga kedua, PKNS Selangor yang sudah beraksi lebih satu [...]
Felda United sedia gempur ATM
FELDA United kini bersedia untuk mengukuhkan cengkaman di persada Liga Perdana apabila menentang ATM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini. Aksi Liga Perdana dan Liga Super disambung semula setelah berehat sejak sebulan lalu bagi memberi laluan kepada saingan Piala FA. "Pemain kita telah bersedia dan tidak sabar untuk menyambung [...]
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.








