Berita, Info Liga Malaysia, Liga Super, Liga Perdana, Piala Malaysia
Liga Malaysia's tag archives

Kelantan Juara Liga Super 2011
NORSHAHRUL Idlan Talaha muncul wira Red Warriors selepas membantu Kelantan muncul Juara Liga Super 2011 buat kali pertama, sebentar tadi. Skuad bimbingan Datuk M. Karathu itu dinobat sebagai juara musim ini selepas menundukkan Sabah dengan keputusan 2-1 di Stadium Likas. [LIHAT VIDEO] Lebih manis kejuaraan semalam juga membolehkan [...]
16 pasukan bersaing Liga Super 2011?
SAINGAN Liga Malaysia (Liga M) 2011 yang akan bermula 1 Januari tahun depan menyaksikan untuk musim ketiga berturut-turut tanpa kelibat pemain import, bakal menyaksikan dua opsyen sama ada 14 atau 16 pasukan bertanding bagi Liga Super. Bagi opsyen menjadikannya 16 pasukan, maka ia merangkumi 12 pasukan teratas Liga Super musim ini, dua pasukan [...]
Benar pemain import: FAM putuskan tahun depan
FAM tidak mahu terburu-buru buat keputusan isu pemain import BELUM ada kepastian sebenarnya sama ada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2012 akan kembali diwarnai dengan kehadiran semula pemain import atau sebaliknya. Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bermesyuarat buat kali kedua semalam sepakat untuk meneliti [...]
Pesta gol warnai aksi minggu ke-12
SEMBILAN belas (19) gol dicatat dalam enam aksi Liga Super malam tadi dengan Terengganu menunjuk belang sekali lagi apabila membenam Perlis empat gol tanpa balas. Selangor turut tidak terkecuali menyertai dua lagi pasukan teratas Liga Super, Kelantan dan Johor FC yang kesemuanya meledak tiga gol ke atas kubu lawan masing-masing. Safee Sali [...]
Di mana rujukan utama peminat bola sepak Malaysia?
IA adalah perkara yang sering diperkatakan umum khususnya para peminat bola sepak tempatan dan khususnya lagi para penulis laman blog yang sentiasa mengikuti perkembangan bola sepak tanah air terutama sekali saingan Liga Malaysia atau Liga M. Sebelum ini sudah jenuh peminat bola sepak termasuk para wartawan media utama dalam negara [...]
Johor FC tebus kekecewaan Piala FA
JOHOR FC pantas melupakan penyingkiran dari saingan Piala FA apabila mencatat kemenangan 1-0 ke atas KL Plus dalam saingan Liga Super malam tadi. Kemenangan berkenaan membolehkan Johor FC naik ke tangga keempat Liga Super hasil tiga mata penuh yang diraih dalam aksi yang berlangsung di Stadium JCorp, Pasir Gudang. Johor FC kini mengumpul 13 [...]
Terengganu terus beri tekanan kepada Selangor
TERENGGANU terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Selangor selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, dalam aksi Liga Super malam ini. Selangor yang sekadar seri 1-1 dengan Perlis dalam aksi di Stadium Utama, Kangar kini hanya mendahului dengan kelebihan dua mata ke [...]
Selangor gagal jinakkan Singa Utara
PENDAHULU Liga Super, Selangor sekadar membawa pulang satu mata selepas diikat 1-1 oleh Perlis dalam aksi di Stadium Utama, Kangar malam ini. Selangor gagal mengulangi persembahan ketika membaham Johor 6-0 di Shah Alam, Selasa lalu, sebaliknya hampir-hampir berputih mata jika tidak kerana jaringan Safiq Rahim empat minit sebelum babak pertama [...]
Kedah catat kemenangan pertama di gelanggang sendiri
Azlan Ismail menjaringkan dua gol untuk membantu Kedah menamatkan rekod tanpa kemenangan di gelanggang sendiri dengan menewaskan T-Team 3-1 di Stadium Darulaman malam ini. Faizal Abu Bakar membuka jaringan buat tuan rumah pada minit ke-18 sebelum Azlan menambah gol kedua lapan minit kemudian. Berakhir babak pertama Kedah mendahului pasukan [...]
Hatrik Norshahrul bantu Kelantan bangkit benam Pulau Pinang
KELANTAN kembali bangkit daripada aksi mengecewakan ketika seri tanpa jaringan dengan Perak, Selasa lalu dengan membenam Pulau Pinang 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, malam ini. Bagaimanapun peminat tuan rumah dikejutkan dengan jaringan awal V Jaganathan untuk Pulau Pinang mendahului 1-0 pada minit ke-13 sebelum [...]
Kelantan, Kedah cemerlang, Selangor seri
JARINGAN hatrik Norshahrul Idlan Talaha membantu Kelantan bangkit selepas ketinggalan satu gol untuk mencatat kemenangan 3-1 ke atas Pulau Pinang di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, malam ini. Di Stadium Darulaman pula, Dua jaringan Azlan Ismail membantu Kedah mencatat kemenangan pertama di gelanggang sendiri selepas menundukkan T-Team 3-1, sekali [...]
Dollah kecewa Pahang gagal kutip 3 mata
JURULATIH Pahang, Dollah Salleh tetap menyuarakan rasa kecewa di sebalik keputusan seri 1-1 ketika menentang Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super di gelanggang lawan, malam kelmarin. “Saya sudah mengarahkan mereka supaya tidak mengamalkan permainan bertahan terutama separuh masa kedua tetapi mereka tidak mahu mendengar,” katanya. Dollah [...]
Marzuki puas Singa Utara mampu ditumbangkan
KEGEMBIRAAN jelas terpancar pada wajah jurulatih skuad T-Team, Che Ku Marzuki Mohd Nor apabila anak buahnya berhasil mengutip mata penuh berbekal kemenangan 1-0 ke atas Perlis di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, kelmarin. Tetapi keadaan sebaliknya tergambar pada jurulatih Perlis, Mohd Nidzam Adzha kerana anak buahnya [...]
Barisan depan N.Sembilan masih tumpul
JURULATIH Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan menyifatkan kemenangan 2-1 ke atas Terengganu dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam semalam sebagai detik kebangkitan skuad bimbingannya selepas aksi kurang memberangsangkan dalam tiga perlawanan awal. Begitupun, beliau tidak dapat menyembunyikan rasa bimbang [...]
Devan lega kebangkitan Selangor
SELEPAS mengharungi enam perlawanan, langkah Selangor seakan-akan terumbang-ambing seketika apabila tewas kepada Terengganu, minggu lalu - sekali gus memadamkan rekod tanpa kalah mereka dalam kancah Liga Super, musim ini. Namun, menurut jurulatih Selangor K Devan, apa yang dikecapi Selangor ketika ini masih pada tahap yang boleh dibanggakan [...]
Johor mangsa amukan Red Giants
SELANGOR bingkas melupakan kekalahan sulung di tangan Terengganu Sabtu lepas apabila bangkit membelasah Johor 6-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi. Kekalahan memalukan kepada skuad Penyu itu nyata membakar semangat anak buah K Devan itu untuk tidak menaruh simpati kepada pasukan pelawat yang masih belum mencatat walau satu [...]
Kelantan gagal jinakkan Seladang
KELANTAN terus kempunan untuk memungut tiga mata penuh di gelanggang lawan apabila terikat tanpa jaringan dengan Perak dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri Ipoh. Ia adalah keputusan seri buat kali ketiga berturut-turut buat skuad bimbingan B Sathianathan ketika beraksi di luar Kelantan. Dalam aksi pembukaan awal musim, Kelantan seri tanpa [...]
N.Sembilan sekat impian Terengganu
HARAPAN Terengganu untuk terus memberi saingan kepada pendahulu, Selangor tersekat apabila tewas 1-2 menerusi jaringan masa kecederaan kepada Negeri Sembilan dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini. Terengganu berada di landasan tepat untuk terus bersaing dengan Selangor apabila mendahului tuan rumah seawal minit [...]
Terengganu tewas, Selangor kembali lebar jurang
EMPAT hari selepas rekod tanpa kalah dilebur Terengganu, Selangor kembali mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Super selepas membelasah Johor 6-0 di Stadium Shah Alam, malam ini. Mohd Amirulhadi Zainal dan Mohd Safee Sali masing-masing menjaringkan dua gol buat Selangor. Mohd Razman Roslan dan Safiq Rahim turut mencatat nama selaku [...]
Kijang sedia amuk Seladang
KETUA Pasukan Red Warriors, Indra Putra Mahyuddin memberitahu bahawa moral rakan sepasukannya kembali pulih menjelang pertemuan dengan Perak, malam ini. Indra berkata, rakan-rakannya kini bersedia menggempur kubu Perak dan berharap agar pasukannya mampu membawa pulang tiga mata berharga ke Kota Bharu. "Kami akan cuba mengekalkan rentak [...]
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.








