Felda United's tag archives

Video Johor FC vs Felda United [0-2]

Video Johor FC vs Felda United FC Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 FELDA United menang 2-0 ke atas Johor FC apabila Farderin Kadir muncul wira dengan menjaringkan kedua-dua gol tersebut pada minit ke-44 dan ke-68 dalam aksi Kumpulan C di Stadium JCorp Pasir Gudang. Video: Video Johor FC 0-2 Felda United | Gol Farderin [...]

Hanya keajaiban mampu selamatkan T-Team

BERDASARKAN kedudukan semasa, hanya keajaiban yang mampu menyelamatkan pasukan kelab dari Terengganu, T-Team daripada tersingkir saingan Piala Malaysia apabila aksi terakhir Kumpulan D berlangsung malam ini. Anak buah Che Ku Marzuki itu hanya mampu mara ke suku akhir dengan syarat perlu menewaskan pasukan yang sudah tersingkir, Felda United [...]

Felda United perlu usaha keras

SUNGGUHPUN berjaya melayakkan diri ke suku akhir musim ini, Selangor tetap tidak akan memberi laluan mudah buat FELDA United dalam baki saingan Kumpulan D di Stadium Shah Alam malam ini kerana maruah gelanggang sendiri menjadi pertaruhan. Berbangga dengan kejayaan sebagai pasukan pertama ke pusingan lapan terakhir tatkala pasukan lain masih [...]

Selangor ratah Felda United

SELANGOR mempamer isyarat jelas untuk menjulang Piala Malaysia musim ini dengan mencatat kemenangan kedua berturut-turut dengan menjadikan FELDA United sebagai mangsa menerusi kemenangan besar 4-1 di Stadium KLFA di Cheras, malam tadi. [LIHAT VIDEO] Pertembungan Kumpulan D yang membabitkan dua juara liga domestik - Liga Super dan Perdana itu - [...]

Felda United vs Selangor LIVE di Astro Arena

SELEPAS mengutip mata penuh dalam aksi pembukaan Piala Malaysia 2010 Selasa lalu, Selangor terus menyasarkan tiga mata penuh apabila beraksi menentang Felda United bagi aksi Kumpulan D malam ini. Aksi kedua-dua pasukan yang berlangsung di Stadium Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras itu akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena [...]

Perlis vs Felda United LIVE di TV1

RTM menerusi TV1 akan menyiarkan secara langsung perlawanan Piala Malaysia antara Perlis menentang Felda United dalam aksi Kumpulan D di Stadium Utama, Kangar malam ini. Siaran langsung perlawanan ini bermula jam 8.40 [...]

Felda United Juara Liga Perdana 2010

FELDA United mengesahkan kejuaraan Liga Perdana 2010 lebih awal ketika saingan tersebut masih berbaki satu perlawanan selepas menewaskan Harimau Muda 1-0 di Stadium Hang Tuah, Melaka, malam ini. Keputusan itu meletakkan Felda United memungut 49 mata, empat mata mengatasi pencabar terdekat, PKNS dan Sabah dan tidak mampu lagi digugat oleh [...]

Felda United kecewakan PKNS 2-1

FELDA United semakin menghampiri gelaran Liga Perdana 2010 selepas menewaskan pencabar terdekatnya, PKNS FC 2-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini. Munir Amran muncul wira Felda United apabila menjaringkan gol kemenangan tuan rumah pada minit-minit akhir perlawanan menerusi rembatan deras daripada [...]

Shahzan Muda tersingkir, Felda menang tipis

FELDA United terus kekal di tangga teratas Liga Perdana selepas menewaskan Shahzan Muda 1-0 di Stadium Darulmakmur, Kuantan, malam tadi yang turut menyaksikan PKNS Selangor mengekori rapat selepas menewaskan Polis 4-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya. Jaringan tunggal Khairul Izwan Khalid pada minit ke-5 permainan sudah [...]

Kedudukan Felda United mula terancam

PENDAHULU Liga Perdana, Felda United mencatat keputusan seri kedua berturut-turut apabila diikat PDRM 1-1 dalam aksi malam ini. Keputusan itu sekali pun mengekalkan Felda United di tangga teratas liga namun mula dihimpit dua lagi pasukan, PKNS dan Sabah yang mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing. Sabah yang kekurangan satu [...]

Pos Malaysia hampir kejutkan Felda United

PENDAHULU Liga Perdana, Felda United gagal mengutip tiga mata penuh apabila diikat 1-1 oleh Pos Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi. Bagaimana pun keputusan seri itu masih meletakkan Felda United tiga mata mengatasi pasukan tangga kedua, PKNS FC yang merampas kedudukan itu daripada Sabah selepas membelasah Melaka [...]

Melaka 0-4 Felda United

PENDAHULU Liga Perdana, Felda United mengukuhkan kedudukan tangga teratas apabila mencatat kemenangan besar dengan menumpaskan Melaka 4-0 di Stadium Hang Tuah, Melaka, malam tadi. (LIHAT VIDEO) Penjaring terbanyak Felda, Fatrurazi Rozi meledakkan gol pada minit ke-17 dengan Norismae Idham menambah jaringan kedua pada minit ke-45, diikuti gol [...]

Felda United, Sabah sama kuat

FELDA United gagal mengutip tiga mata penuh apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Sabah pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras, malam ini. Keputusan seri itu bagaimanapun gagal menggugat Felda United yang kini unggul di tangga teratas dengan 35 mata. Selangor PKNS pula merampas tempat kedua liga [...]

Felda selesa, Sabah lonjak tangga kedua

FELDA United mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu saingan Liga Perdana apabila mencatat kemenangan 1-0 ke atas Majlis Perbandaran Muar di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, malam tadi. Mengekori mereka adalah Sabah yang melonjak ke tangga kedua daripada tangga keempat, selepas menewaskan Polis 3-1 di Stadium Likas, hasil dua gol Razlan [...]

Felda United belasah MP Muar 10-0

PENDAHULU Liga Perdana, Felda United berpesta gol setelah mencatat kemenangan besar membelasah 10-0 Muar FC di Stadium Cheras, malam ini. Dengan kemenangan tersebut Felda United yang kini mengumpul sebanyak 28 mata terus mengukuhkan kedudukannya dalam saingan liga pada musim ini. Gol-gol bagi Felda United dijaringkan oleh Ashadi Yusof (minit [...]

ATM kejutkan Felda, Sabah pintas Harimau Muda

REKOD sembilan perlawanan tanpa kalah milik Felda United berakhir apabila tumpas di tangan ATM 0-1 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Selayang yang berakhir sebentar tadi. Pasukan tuan rumah memperoleh gol kemenangan menerusi jaringan penyerang V Saravanan untuk mengekalkan posisi di tangga ketiga carta liga. Manakala Felda United, sekali [...]

ATM mahu sekat Felda United

SKUAD Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memburu tiga mata penuh ketika mereka menanti kunjungan pendahulu Liga Perdana, Felda United di Stadium Selayang malam ini. Felda United kini mengumpul 25 mata manakala ATM di tangga ketiga dengan 18 mata, kurang empat mata berbanding pasukan di tangga kedua, PKNS Selangor yang sudah beraksi lebih satu [...]

Felda United sedia gempur ATM

FELDA United kini bersedia untuk mengukuhkan cengkaman di persada Liga Perdana apabila menentang ATM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini. Aksi Liga Perdana dan Liga Super disambung semula setelah berehat sejak sebulan lalu bagi memberi laluan kepada saingan Piala FA. "Pemain kita telah bersedia dan tidak sabar untuk menyambung [...]

Felda United selesa dahului Liga Perdana

FELDA United mengukuhkan cengkaman di tangga teratas Liga Perdana selepas menumpaskan pencabar terdekat PKNS, 1-0 di tempat lawan, malam tadi. Beraksi di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), PKNS dikejutkan oleh jaringan Khairul Izwan Khalid pada minit ke-28. Kedudukan itu meletakkan Felda semakin selesa di kemuncak liga dengan 22 [...]

PKNS, Felda United menang besar

PKNS mencatat kemenangan besar 5-0 ke atas USM FC di Stadium Majlis Bandar Raya Petaling Jaya, namun tetap kempunan merampas kedudukan teratas Liga Perdana apabila pendahulu, Felda United turut berkenduri gol apabila membelasah Melaka 4-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam ini. Kedua-dua pasukan mengumpul 10 mata namun kelebihan jaringan [...]
Page 1 of 212
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.