Wan Jamak: Berjuang hingga keringat akhir

October 30th 2010 | Posted by admin


Final: Negeri Sembilan vs Kelantan“Berjuang hingga keringat terakhir.”

Itulah janji dan semangat ketua jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan bersama anak buahnya untuk menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam ini sebagai medan merencatkan impian The Red Warriors untuk bergelar juara Piala Malaysia musim ini.

Selaku penyandang juara piala keramat itu, Wan Jamak turut menegaskan bahawa peluang melangkah ke 90 minit babak akhir itu akan digunakan sebaik mungkin oleh pasukannya untuk memastikan impian manis Kelantan untuk merangkul piala berprestij itu terus terkubur.

”Saya sudah berpesan kepada pemain bahawa mereka (pemain) perlu bermain berhabis-habisan apabila tiba di perlawanan akhir ini dan mereka juga sudah berjanji akan memberikan yang terbaik dan apa sahaja yang mereka ada dalam perlawanan esok (malam ini).

”Saya juga sudah menasihatkan pemain supaya jangan simpan tenaga kerana babak akhir merupakan perhitungan terakhir dalam menentukan siapa lebih layak untuk bergelar juara,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam.

Sungguhpun begitu, Wan Jamak tidak mahu anak didiknya itu tertekan kerana ia akan membawa padah kepada pasukan.

”Sekiranya pemain berada dalam keadaan tertekan dan gugup, ia akan mempengaruhi corak permainan pasukan dan lebih membimbangkan kita mungkin akan dihukum lawan kerana tekanan mampu menjuruskan kesilapan.

”Faktor tekanan juga boleh mengugat kebolehan, keupayaan dan kemampuan sebenar pemain dan pasukan, namun saya percaya pemain kini sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi final ini,” jelas jurulatih kelahiran Johor itu yang berjaya menjadikan Negeri Sembilan juara Piala Malaysia dan Piala FA tahun lalu.

– Utusan Malaysia

Related Posts

Negeri Sembilan juara Piala Malaysia 2011

Pasukan Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia 2011 dengan menewaskan Terengganu 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam sebentar tadi. Negeri Sembilan bangkit menjaringkan dua gol dalam tempoh enam minit dan muncul juara Piala Malaysia buat kali ketiga dalam sejarah penyertaannya dalam kancah saingan Piala Malaysia. Gol kemenangan [...]

Video Sarawak vs Kelantan [0-2]

Video Sarawak FA vs Kelantan FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 KELANTAN yang juga juara Liga Super 2011 tidak menghadapi masalah untuk memungut tiga mata dalam saingan Kumpulan C menewaskan Sarawak 2-0 hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha minit ke-69 dan S Chanturu minit ke-85. Video: Sarawak 0-2 Kelantan | Gol [...]

Video Sime Darby vs Terengganu [0-3]

Video Sime Darby FC vs Terengganu FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 TERENGGANU menang 3-0 ke atas Sime Darby dalam aksi Kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, apabila memperolehi jaringan awal melalui Joseph Kallang Tie pada minit keenam. Reeshafiq Alwi menambah gol kedua 12 minit sebelum separuh masa pertama [...]

Video T-Team vs Selangor [1-0]

Video T-Team FC vs Selangor FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 SELANGOR yang beraksi dalam Kumpulan D terpaksa menerima hakikat bahawa persediaan mereka masih kurang mantap tatkala T-Team menggunakan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shahg untuk mencatat kemenangan 1-0 hasil [...]

Video Johor vs Kedah [0-2]

Video Johor FA vs Kedah FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 KEDAH menerajui Kumpulan A selepas memungut tiga mata dengan menewaskan Johor 2-0 di Stadium Larkin hasil Khyril Muhymeen Zambri yang menyumbat dua gol pada minit ketujuh dan ke-80. Video: Johor 0-2 Kedah | Gol Khyril [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.