Undian seimbang buat semua pasukan

August 8th 2010 | Posted by admin


4 Pasukan teratas Liga Super berpeluang ke suku akhir

SUKAR untuk meramalkan siapa yang paling layak untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia tahun ini selepas semua pasukan utama menerima undian seimbang pada majlis undian yang diadakan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Kelana Jaya, semalam. [Carta Kumpulan Piala Malaysia 2010]

Bagaimanapun empat pasukan pilihan Selangor, Kelantan, Terengganu dan Johor FC dilihat mempunyai peluang untuk mara ke pusingan suku akhir jika dapat mengekalkan rentak terbaik mereka seperti di saingan Liga Super yang berakhir Selasa lalu.

Selangor yang merupakan juara Liga Super, diundi dalam Kumpulan D bersama T-Team, Perlis dan juara Liga Perdana, Felda United, manakala Kelantan menghuni Kumpulan A bersama Negeri Sembilan, KL Plus dan PKNS.

Terengganu yang dibimbing Irfan Bakti Abu Salim bakal bertemu pasukan jiran Pantai Timur, Pahang dan dua pasukan daripada Liga Perdana, Kuala Lumpur dan Sabah.

Sementara itu Johor FC bakal melayan dua pasukan utara, Kedah dan Perak dalam Kumpulan C, sambil Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melengkapkan kumpulan tersebut

Majlis undian diterajui oleh Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Penolong jurulatih Selangor, P Maniam berkata, pasukannya mesti mencatat kemenangan bagi perlawanan di tempat sendiri jika bercita-cita untuk mara ke suku akhir kerana semua pasukan mempunyai kekuatan tersendiri.

“Tidak ada pasukan yang boleh dipandang mudah, Felda United juga telah membuktikan bahawa mereka adalah pasukan yang bagus musim ini selepas muncul juara Liga Perdana. Walaupun kami dilihat mempunyai peluang untuk ke suku akhir tetapi kalau boleh kami mahu muncul juara kumpulan,” katanya ketika ditemui selepas majlis undian semalam.

Ditanya mengenai ramalan perlawanan suku akhir di mana mereka mungkin bertemu Kelantan, Maniam berkata, Selangor lebih rela bertemu naib juara Liga Super itu lebih awal untuk mengelak bertemu di separuh akhir.

Perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia akan bermula pada 14 September, manakala perlawanan akhir diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 Oktober. – Utusan Malaysia

Related Posts

Negeri Sembilan juara Piala Malaysia 2011

Pasukan Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia 2011 dengan menewaskan Terengganu 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam sebentar tadi. Negeri Sembilan bangkit menjaringkan dua gol dalam tempoh enam minit dan muncul juara Piala Malaysia buat kali ketiga dalam sejarah penyertaannya dalam kancah saingan Piala Malaysia. Gol kemenangan [...]

Video Sarawak vs Kelantan [0-2]

Video Sarawak FA vs Kelantan FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 KELANTAN yang juga juara Liga Super 2011 tidak menghadapi masalah untuk memungut tiga mata dalam saingan Kumpulan C menewaskan Sarawak 2-0 hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha minit ke-69 dan S Chanturu minit ke-85. Video: Sarawak 0-2 Kelantan | Gol [...]

Video Sime Darby vs Terengganu [0-3]

Video Sime Darby FC vs Terengganu FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 TERENGGANU menang 3-0 ke atas Sime Darby dalam aksi Kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, apabila memperolehi jaringan awal melalui Joseph Kallang Tie pada minit keenam. Reeshafiq Alwi menambah gol kedua 12 minit sebelum separuh masa pertama [...]

Video T-Team vs Selangor [1-0]

Video T-Team FC vs Selangor FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 SELANGOR yang beraksi dalam Kumpulan D terpaksa menerima hakikat bahawa persediaan mereka masih kurang mantap tatkala T-Team menggunakan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shahg untuk mencatat kemenangan 1-0 hasil [...]

Video Johor vs Kedah [0-2]

Video Johor FA vs Kedah FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 KEDAH menerajui Kumpulan A selepas memungut tiga mata dengan menewaskan Johor 2-0 di Stadium Larkin hasil Khyril Muhymeen Zambri yang menyumbat dua gol pada minit ketujuh dan ke-80. Video: Johor 0-2 Kedah | Gol Khyril [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.