Wednesday, 11/12/2019


Trofi Piala Malaysia dipersembah kepada Sultan Kelantan

Published on October 31, 2010 by   ·   No Comments

Dijadualkan diarak ke Istana Telipot esok

Piala MalaysiaSEBAGAI meraikan kegembiraan seluruh rakyat Kelantan ekoran kejayaan menjuarai Piala Malaysia buat pertama kali, trofi berprestij itu dijadualkan akan diarak ke Istana Telipot untuk dipersembah kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammed Ke-V esok.

Kelantan muncul juara Piala Malaysia 2010 selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Pasukan bergelar The Red Warriors itu bagaimanapun terlebih dahulu ketinggalan satu gol di babak pertama menerusi jaringan penalti Shahurain Abu Samah pada minit ke-14 sebelum bangkit menjaringkan dua gol di babak kedua untuk muncul juara buat pertama kali selepas gagal melakukannya tahun lalu.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News