Saturday, 25/11/2017


Terengganu vs Sabah LIVE di Astro Arena

Published on October 6, 2010 by   ·   No Comments

Terengganu berdepan misi hidup mati, Sabah hidu peluang ke suku akhir

SAINGAN Piala Malaysia 2010 semakin rancak apabila aksi peringkat kumpulan hanya tinggal dua perlawanan untuk ditutup tirainya sebelum bersambung perlawanan peringkat kalah mati bermula 12 Oktober nanti.

Kecuali Selangor, beberapa pasukan yang pada awalnya dilabel pasukan pilihan masih bergelut untuk merebut slot ke kelompok lapan pasukan terbaik.

Antaranya pasukan yang menduduki tangga ketiga Liga Super, Terengganu yang setakat ini hanya mampu berada di belakang Sabah dan Pahang dengan hanya mengumpul empat mata daripada empat perlawanan.

Turun selaku tuan rumah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini, anak-anak buah Irfan Bakti itu perlu mencatat kemenangan andai mahu membuka ruang ke peringkat suku akhir.

Bagi Sabah pula yang tanpa diduga mampu mendahului Kumpulan B dengan lapan mata setakat ini secara automatik akan mara ke pusingan kalah mati jika dapat memungut tiga mata penuh di Kuala Terengganu.

Saksikan aksi kedua-dua pasukan secara langsung menerusi Astro Arena (Saluran 801) jam 8.30 malam ini.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News