Tuesday, 27/10/2020


Terengganu terus gagal di tempat sendiri

Published on September 21, 2010 by   ·   No Comments

KUALA Lumpur mencipta kejutan apabila berjaya menumpaskan Terengganu 1-0 dalam aksi Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi.

Terengganu yang turut tewas di gelanggang sendiri pada perlawanan pertama kepada Pahang, terpaksa menelan kepahitan apabila Azidan Sarudin berjaya menjaring gol kemenangan pasukan pelawat pada minit ke-63.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan B menyaksikan Sabah mengejutkan Pahang 2-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Dua gol Sabah dijaringkan oleh Leopold Alfonso Otong (minit ke-72) dan Alto Linus (minit ke-80).




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News