Monday, 18/12/2017


Selangor, Kelantan seri 0-0

Published on October 13, 2010 by   ·   7 Comments

Piala Malaysia 2010: Selangor vs Kelantan

SELANGOR dan Kelantan sama handal apabila kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di hadapan 50,000 penonton di Stadium Shah Alam malam tadi. [LIHAT VIDEO]

Babak pertama bermula agak hambar apabila kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan yang terlalu berhati-hati selain ketumpulan jentera serangan.

Namun, Kelantan terlebih dahulu menguji gawang Selangor pada minit ke-18 tetapi percubaan Nor Farhan Muhammad dari luar kotak penalti berjaya ditepis keluar penjaga gol tuan rumah, Hamsani Ahmad.

Seminit kemudian Selangor pula memiliki peluang terbaik menerusi lorongan daripada kapten, Amri Yahyah kepada Safee Sali tetapi gagal disudahkan dengan baik oleh penyerang kebangsaan itu.

Pada minit ke-33, giliran penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha pula menguji Hamsani tetapi rembatannya diselamatkan dengan baik oleh penjaga gol Selangor itu.

Serangan balas Selangor pada minit ke-40 hampir membuahkan hasil tetapi percubaan Amirulhadi Zainal tersasar.

Suasana bertambah panas pada minit ke-44 apabila kedua-dua pasukan terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Nor shahrul dan pemain pertahanan Selangor, P. Gunalan dilayangkan kad merah kerana bergaduh.

Pada ketika itu jugalah suasana di luar padang turut panas apabila penyokong Selangor dan Kelantan membaling mercun dan pelbagai objek ke arah lawan masing-masing.

Babak kedua bersambung, jurulatih Selangor mengeluarkan pemain sayap kiri, Farderin Kadir dan memasukkan Asrarud- din Putra Omar bagi mengisi kekosongan di posisi pertahanan kiri.

Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan pula masih mengekalkan pemain yang sama dengan Akmal Rizal Rakhli diletakkan sebagai penyerang tunggal selepas ketiadaan Norshahrul.

Tandukan Akmal pada awal babak kedua terkena tiang manakala rembatan kencangnya dari luar kotak penalti pada minit ke-52 berjaya ditepis keluar Hamsani.

Asraruddin pula melakukan rembatan kaki kiri cukup deras dari luar kotak penalti selepas sepakan sudut pada minit ke-59 tetapi ditepis baik Khairul Fahmi Che Mat.

Penjaga gol Kelantan itu sekali lagi bertindak cemerlang apabila menyelamatkan rembatan bahaya Amirulhadi dari dalam kotak penalti pada minit ke-72.

Baki 13 minit terakhir, Devan memasukkan Rudie Ramli menggantikan Safee manakala Sathianathan memasukkan Hairuddin Omar menggantikan Akmal tetapi tiada jaringan berjaya dihasilkan.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (7)

  1. Jawa.Selangor says:

    menang kalah itu adat permainan..cubala jadi professional sikit..pe la smpi bergaduh xde gune pn..Kelantan ko pikir panas baran ko jer..klu jawa selangor mengamuk baru ko tau

  2. abe.kelate says:

    cubalah jawa selangor mengamuk kat kb nnt, kami nak tgk plak. selangor n kelantan sama hebat. tapi semua dah ditentukan Tuhan sape yg layak nnt.

  3. adik klate says:

    stadium mohammad ke-4…klu berani datang…

  4. siam tumpat says:

    jawa slangor dtg klate jd asam jawo la… hahaha…..
    nk main professional pun buleh.. nk main personal pun buleh.. atah kandok lako tuh…

  5. sek kok lanas says:

    Jawa.Selangor mari la klate ni…pleaseeeeeeeee hahahahahaha

  6. btg_berjuntai says:

    asam jawa ko asam gelugor ko….marilaa ngamuk di kelate… nok tengok jgk.. mitok benar tuh… asam jawa mmg molek wak tambah dalam gulai

  7. red warrior says:

    bkn xnk dtg…t dtg sane nk mkn pe???BUDU/???peh busuk siot bau budu.bek bg anjing mkn budu 2.hahahahahahaaha.t kteowg xphm pe kowng smue ckp coz kowang ckp cm alien!!!!!!bodoh pnye klantan.




Latest News