Wednesday, 18/05/2022


Selangor pasukan pertama mara suku akhir

Published on October 3, 2010 by   ·   No Comments

SELANGOR muncul pasukan pertama melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia 2010 selepas memenangi perlawanan keempat berturut-turut dengan mengatasi T-Team 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini. [LIHAT VIDEO]

Kemenangan itu sekaligus membolehkan Selangor kekal mengungguli saingan Kumpulan A dengan 12 mata maksimum, meninggalkan T-Team dan Perlis di tangga kedua dengan masing-masing memungut enam mata.

Selangor muncul pasukan tunggal daripada 16 pasukan yang bersaing bagi Piala Malaysia musim ini yang mencatat rekod kemenangan bersih dalam empat perlawanan dengan baki dua lagi perlawanan sebelum saingan memasuki peringkat suku akhir.

T-Team terlebih dahulu membolosi gawang lawan menerusi jaringan Mohd Haris Safwan Mohd Kamal pada minit ke-28 namun Mohd Amirulhadi Zainal menyamakan kedudukan pada min ke-42 sebelum Mohd Safee Mohd Sali menghasilkan gol kemenangan Selangor pada minit ke-65.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras, Perlis membelasah Felda United 5-1, untuk berada di belakang Selangor di kedudukan pasukan.

Perlawanan kumpulan B menyaksikan skuad Tok Gajah gagal memanfaatkan peluang bermain di gelanggang sendiri selepas dibenam oleh Terengganu 0-2 pada perlawanan di Stadium Darul Makmur.

Pelawat mula membuka jaringan pada minit ke-17 menerusi sepakan percuma yang disempurnakan oleh Md Ashaari Shamsuddin. Gol pembukaan itu kemudiannya terus membakar semangat pemain Terengganu yang melebarkan sayap enam minit kemudian hasil jaringan Abd Manaf Mamat.

Di Stadium Likas, Sabah menumpaskan Kuala Lumpur 3-2.

Gol pertama Sabah dijaringkan oleh Mohd Afif Amiruddin lima minit selepas perlawanan bermula, manakala gol kedua hasil tandukan Zainizam Marjan pada minit ke-20.

Gol kemenangan Sabah pula disumbangkan oleh Mohd Farid Ideris pada minit ke-90.

Pasukan pelawat mendapat jaringan menerusi Mohd Badrul Hisyam pada minit ke-74 dan gol kedua disumbangkan oleh Ahmad Azlan Zainal seminit kemudian.

Pada perlawanan Kumpulan C, Kedah dan Johor FC terikat tanpa sebarang jaringan pada perlawanan di Stadium Darulaman.

Perak pula mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1-0 pada perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News