Tuesday, 27/06/2017


Selangor dinobat persatuan terbaik

Published on November 2, 2010 by   ·   No Comments

Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAMSEKALIPUN gagal di peringkat suku akhir saingan Piala Malaysia 2010, juara Liga Super, Selangor memenangi kategori Persatuan Bola Sepak Terbaik pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus yang berlangsung di Petaling Jaya Hilton, tengah hari ini.

Sepanjang musim ini, Selangor berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri dan hanya tewas dua kali sepanjang saingan Liga Super sebelum muncul juara dengan mengumpul 60 mata.

Bagaimanapun Selangor gagal meneruskan saingan pada kempen Piala Malaysia selepas tewas kepada Kelantan dengan agregat 3-0 di peringkat suku akhir.

Bagi kategori Kelab Penyokong Terbaik pula dimenangi Kelab Penyokong Pasukan Kedah manakala Johor FC memenangi kategori Kelab Terbaik.

LIHAT SENARAI PENUH PEMENANG (KLIK)

Senarai Kategori Utama Calon Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS/FAM 2010:

PENJAGA GOL TERBAIK:

1. Mohd Sharbinee Allawee (Terengganu)

2. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

3. Sani Anuar Kamsani (Negeri Sembilan)

4. Hamsani Ahmad (Selangor)

5. Syamsuri Mustaffa (T-Team)

PERTAHANAN TERBAIK:

1. Mod Nasriq Baharom (Selangor)

2. Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak (Negeri Sembilan)

3. Azizi Mat Rose (Kelantan)

4. Marzuki Yusof (Terengganu)

5. Reithaudeen Emran (Sabah)

PEMAIN TENGAH TERBAIK:

1. Safiq Rahim (Selangor)

2. Mohd Amri Yahyah (Selangor)

3. Amirulhadi Zainal (Selangor)

4. S. Kunalan (N. Sembilan)

5. Baddrol Bakhtiar (Kedah)

PENYERANG TERBAIK:

1. Norsharul Idlan Talaha (Kelantan)

2. Mohd Ashaari Shamsuddin (Terengganu)

3. Mohd Safee Sali (Selangor)

4. Azlan Ismail (Kedah)

5. Mohd Zamri Hassan (PKNS)

PEMAIN MUDA TERBAIK:

1. Mohd Faizal Abu Bakar (Penyerang Kedah – 20 tahun))

2. Khairul Fahmi Che Mat (Penjaga Gol Kelantan – 21 tahun)

JURULATIH TERBAIK:

1. K. Devan (Selangor)

2. B. Sathianathan (Kelantan)

3. Gary Phillip (Sabah)

4. E. Elavarsan (Felda United)

5. Ahmad Yusof (Kedah)




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News