Monday, 21/09/2020


Selangor atasi T-Team 3-1

Published on September 15, 2010 by   ·   No Comments

SELANGOR berjaya memungut tiga mata penuh pada aksi pembukaan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi

Merah Kuning berjaya menundukkan T-Team 3-1 bagi mencatatkan kemenangan pertama bagi saingan Kumpulan D.

Gol tuan rumah disumbangkan oleh D Surendran (m-50), Rudie Ramli (80) dan R Surendran (91) manakala gol saguhati T-Team dijaringkan Rosdi Muda pada masa kecederaan.

Namun sebalik kemenangan, Selangor seharusnya mencatatkan keputusan lebih baik apatah lagi pelawat terpaksa mengharungi perlawanan dengan 10 pemain apabila Mohd Nur Aliff Zainal Abidin dibuang padang.

Pemain pertahanan itu dibuang pada minit ke-24 ketika dalam usaha untuk menyekat larian deras Safee Sali. Dia terpaksa melakukan tindakan sedemkian dari luar kotak penalti memandangkan Safee yang mempunyai peluang untuk menghasilkan gol.

Sepatutnya tugas Selangor semakin mudah dan mencipta deretan peluang, namun anak-anak buah K Devan gagal untuk memecah kebuntuan pada separuh pertama yang turut menyaksikan Haris Safwan dilayangkan kad kuning kerana melakukan kekasaran.

Tuan rumah terpaksa menunggu sehingga ke minit-50 untuk mendapatkan gol pertama menerusi rembatan kencang D Surendran ketika situasi kelam-kabut di dalam kotak penalti.

K Devan lantas membuat beberapa pertukaran dengan membawa masuk Asraruddin Putra Omar, R Surendran dan Rudie Ramli untuk mencari jawapan ketumpulan serangan.

Percaturan itu membuatkan gerakan Selangor bertambah rancak di kawasan lawan dan berjaya menambah dua gol sebelum T-Team mendapat gol saguhati pada minit-minit akhir perlawanan.




coded by nessus

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Latest News