Sathia bangga cipta kejayaan buat Kelantan

October 31st 2010 | Posted by admin


Piala Malaysia“Untuk menjulang Piala Malaysia bukanlah satu perkara yang mudah dan saya amat berbangga dengan kejayaan anak buah saya.”

Demikian kata jurulatih pasukan Kelantan, B Sathianathan kepada pemberita sejurus selepas pasukan bimbingannya menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir saingan Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Jelas berpuas hati dengan persembahan anak buahnya, Sathianathan berkata beliau berterima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kerana memberi kepercayaan kepadanya serta pengurusan terbaik sehingga berjaya merealisasikan impian seluruh rakyat Kelantan itu.

“Saya tidak bimbang dengan corak permainan anak buah saya pada perlawanan separuh masa pertama tetapi saya bimbang dengan prestasi mereka ketika Negeri Sembilan mendahului kita 1-0,” katanya mengulas perlawanan tersebut. Beliau berkata pemain Kelantan hanya berjaya menonjolkan kemampuan sebenar pada babak kedua perlawanan.

“Walaupun pemain kita agak tertekan, ia telah dijadikan sebagai pendorong untuk mereka menjaringkan dua gol mengatasi lawan pada separuh masa kedua,” katanya.

Sementara itu jurulatih pasukan Negeri Sembilan Wan Jamak Wan Hassan tidak malu dengan kekalahan skuad bimbingannya kerana menganggap para pemain telah mempamerkan semangat juang yang tinggi.

“Kehilangan tonggak utama Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak telah membuka jurang besar kepada Kelantan untuk membolosi dua gol,” katanya.

Wan Jamak berkata beliau tetap berbangga dengan perjuangan sejati yang ditunjukkan oleh anak jati Negeri Sembilan.

Kelantan terpaksa menunggu selama 55 tahun untuk membawa Piala Malaysia ke Kota Baharu selepas layak buat kali pertama ke saingan akhir piala tersebut pada 1955, ketika ia dikenali Piala HMS Malaya.

Related Posts

Negeri Sembilan juara Piala Malaysia 2011

Pasukan Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia 2011 dengan menewaskan Terengganu 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam sebentar tadi. Negeri Sembilan bangkit menjaringkan dua gol dalam tempoh enam minit dan muncul juara Piala Malaysia buat kali ketiga dalam sejarah penyertaannya dalam kancah saingan Piala Malaysia. Gol kemenangan [...]

Video Sarawak vs Kelantan [0-2]

Video Sarawak FA vs Kelantan FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 KELANTAN yang juga juara Liga Super 2011 tidak menghadapi masalah untuk memungut tiga mata dalam saingan Kumpulan C menewaskan Sarawak 2-0 hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha minit ke-69 dan S Chanturu minit ke-85. Video: Sarawak 0-2 Kelantan | Gol [...]

Video Sime Darby vs Terengganu [0-3]

Video Sime Darby FC vs Terengganu FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 TERENGGANU menang 3-0 ke atas Sime Darby dalam aksi Kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, apabila memperolehi jaringan awal melalui Joseph Kallang Tie pada minit keenam. Reeshafiq Alwi menambah gol kedua 12 minit sebelum separuh masa pertama [...]

Video T-Team vs Selangor [1-0]

Video T-Team FC vs Selangor FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 SELANGOR yang beraksi dalam Kumpulan D terpaksa menerima hakikat bahawa persediaan mereka masih kurang mantap tatkala T-Team menggunakan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shahg untuk mencatat kemenangan 1-0 hasil [...]

Video Johor vs Kedah [0-2]

Video Johor FA vs Kedah FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 KEDAH menerajui Kumpulan A selepas memungut tiga mata dengan menewaskan Johor 2-0 di Stadium Larkin hasil Khyril Muhymeen Zambri yang menyumbat dua gol pada minit ketujuh dan ke-80. Video: Johor 0-2 Kedah | Gol Khyril [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.