Tuesday, 21/09/2021


Sabah selangkah ke suku akhir

Published on October 4, 2010 by   ·   No Comments

SABAH menduduki tangga teratas Kumpulan B selepas menewaskan Kuala Lumpur 3-2 menerusi jaringan dramatik di saat akhir dalam aksi Piala Malaysia di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam tadi.

Farid Ideris muncul wira pasukan tuan selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit akhir perlawanan ketika kedudukan terikat 2-2.

Sebelum itu Sabah mendahului 1-0 melalui jaringan Afif Amiruddin pada minit kelima, sebelum Zainizam Marjan menggandakan jaringan pada minit ke-20 hasil tandukan yang berpunca daripada sepakan percuma Mafry Balang namun Kuala Lumpur menjadikan kedudukan 2-2 menerusi gol Mohd Badrul Hisyam Azmi dan Ahmad Azlan Zainal minit ke-74 dan 75.

Dalam satu lagi aksi kumpulan yang sama di Stadium Darul Makmur, Pahang tewas 0-2 ketika menentang Terengganu.

Gol-gol Terengganu disumbangkan oleh Abdul Manaf Mamat dan Ashaari Shamsuddin.

Selepas empat perlawanan Sabah semakin selesa untuk mendahului Kumpulan B dengan lapan mata, dua mata mengatasi Pahang serta empat mata mengatasi Terengganu dan Kuala Lumpur




coded by nessus

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Latest News