Sunday, 18/11/2018


Johor FC buat Pahang gigit jari

Published on October 17, 2010 by   ·   4 Comments

PASUKAN tunggal berstatus kelab dalam kancah suku akhir Piala Malaysia, Johor FC berjaya menempah satu slot ke saingan separuh akhir meskipun tewas 2-1 kepada Pahang dalam perlawanan timbal balik kedua di Stadium Darul Makmur, malam tadi. [LIHAT VIDEO]

Johor FC yang membawa bekalan kecil satu gol dari perlawanan pertama di Stadium JCorp Pasir Gudang, Selasa lalu mara menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan selepas terikat secara agregat 2-2 dan membuat lebih 10,000 peminat Tok Gajah gigit jari.

Tanpa sebarang jaringan pada babak pertama, Johor FC terlebih dulu memecah kebuntuan pada minit ke-52 hasil jaringan Eddy Helmi Abd Manan sebelum Pahang tambah derita untuk beraksi sepuluh pemain selepas Muhammad Syawal Norsham dibuang padang lapan minit kemudian selepas mengutip kad kuning kedua.

Sedar dengan kelebihan dimiliki lawan, Pahang kendalian Dollah Salleh tidak berputus asa dengan melancarkan beberapa serangan pantas ke kubu lawan dan hasilnya berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan Mohd Shahrizan Mohd Salleh pada minit ke-65.

Kesungguhan Pahang yang pernah menjulang dua kali Piala Malaysia pada 1983 dan 1992 terus membara selepas memperoleh gol kedua juga hasil tandukan Mohd Faizul Hussein, tiga minit kemudian yang berjaya menewaskan penjaga gol Johor FC, Mohd Anis Faron Ahmad Arsidi.

Namun gol ketiga yang dicari Pahang tidak hadir sehingga wisel penamat yang membawa Johor FC ke separuh akhir bertemu juara bertahan, Negeri Sembilan.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (4)

  1. aina says:

    SAYA TENYOK PAHANG MENANG.KENAPA JOHOR FC YG MENANG

  2. jojo says:

    aina. kalau tak tahu peraturan pertandingan , kenalah tanya dulu.

  3. zuki says:

    la nie ..nie mesti bukan fan bola nie..huhu..

  4. anak johor says:

    aina, johor fc menang berdasarkan agregat.. :)




Latest News