Saturday, 21/07/2018


KL Plus vs Kelantan LIVE di TV1

Published on October 9, 2010 by   ·   No Comments

Kelantan di laluan terbaik untuk ke suku akhir

Johor FC vs ATM LIVE di TV1WALAUPUN sudah tersingkir daripada saingan Piala Malaysia, KL Plus tetap tidak akan memberi laluan mudah buat naib juara musim lalu, Kelantan apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi terakhir Kumpulan A di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam ini.

Berbeza dengan KL Plus, Kelantan ternyata amat perlukan tiga mata penuh untuk mengesah tempat ke suku akhir sambil mengintai peluang menjuarai Kumpulan A bagi mengelak bertemu juara Liga Super, Selangor di peringkat kalah mati.

Bagi Pengurus pasukan KL Plus, Husni Md Yusuf, pasukannya akan turun seperti biasa tanpa sebarang tekanan, namun tetap akan memberi saingan sengit kepada Kelantan yang dilihat mempunyai peluang mengaut tiga mata penuh.

“Kita tetap akan turun seperti biasa. Tiada tekanan terhadap pasukan kami. Walaupun sudah tersingkir dalam saingan Piala Malaysia musim ini tetapi itu tidak bermakna kami akan mudah menyerah kalah kepada Kelantan.

Jika mereka (Kelantan) inginkan mata bagi laluan ke suku akhir, maka mereka perlu bekerja keras (untuk mencapai kemenangan). Namun kami sekali-kali tidak akan membiarkan mereka tanpa saingan,” katanya.

Sementara bagi pengendali Kelantan, B Sathianathan pula mahu para pemainnya mengekalkan rentak kecemerlangan dalam perlawanan terdahulu untuk merebut slot ke suku akhir yang kini terbentang di depan mata.

“Selagi perlawanan belum tamat, apa-apa pun boleh berlaku. Sebenarnya KL Plus pun sebuah pasukan yang kuat. Walaupun sudah terkeluar dari saingan itu tidak bermakna mereka akan memberi laluan mudah kepada kita,” katanya.

Perlawanan KL Plus menentang Kelantan dijadualkan disiarkan secara langsung di TV1 bermula jam 8.40 malam ini.




coded by nessus

Tags: , , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News