Tuesday, 23/12/2014


Kelantan vs Selangor LIVE di Astro Arena

Published on October 15, 2010 by   ·   No Comments

Kelantan vs Selangor | Suku Akhir #2 Piala Malaysia 2010

PERTEMUAN antara Juara Liga Super 2010, Selangor dan Finalis Piala Malaysia musim lalu, Kelantan di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu dijangka sengit selepas aksi suku akhir pertama di Shah Alam tiga hari lalu berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan. [VIDEO PREVIEW]

Keputusan itu memberikan peluang seimbang buat kedua-dua pasukan untuk mara ke separuh akhir yang dijadualkan pada 20 dan 23 Oktober ini.

Pemenang perlawanan malam ini akan menentang sama ada Terengganu atau Kedah yang membuat perhitungan kedua di Stadium Darulaman malam esok.

Pengendali Kelantan, B Sathianathan berkata, walaupun Kelantan baru ‘dibina’ dua tahun, dia yakin dengan kemampuan anak buahnya untuk menangani Selangor yang jauh lebih berpengalaman.

“Kita sedia maklum Selangor adalah juara Piala Malaysia 32 kali, namun saya harap sokongan daripada penonton dapat menyemarakkan semangat pemain untuk terus berjuang, sekali gus memenangi perlawanan malam ini,” katanya.

Sementara itu jurulatih Selangor, K Devan terpaksa merombak bahagian pertahanan tanpa P Gunalan yang digantung kerana menerima kad merah dalam insiden siku-menyiku bersama-sama Norshahrul Idlan Talaha menghampiri detik rehat ketika aksi suku akhir pertama.

Ketua pasukan Selangor, Amri Yahyah berkata, tiada apa yang perlu digentarkan barisan Red Giants apabila beraksi di stadium keramat Kelantan itu kerana telah terbukti Kelantan sebenarnya tidaklah begitu kebal di laman sendiri musim ini.

“Jika kita lihat, Negeri Sembilan boleh menang 1-0 di sana. KL Plus pula boleh seri 3-3 di sana. Jadi tiada apa yang perlu ditakutkan sangat.

“Cuma apa yang penting, kami perlu menjaringkan gol. Cari gol awal untuk membuatkan Kelantan lebih tertekan di hadapan penyokong mereka.

Seandainya keputusan seri tanpa jaringan, perlawanan akan dilanjutkan ke masa tambahan dan seterusnya sepakan penalti sekiranya pemenang masih tidak dapat ditentukan.




coded by nessus

Tags: , , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News