Thursday, 17/08/2017


Kelantan 3-0 Selangor

Published on October 16, 2010 by   ·   No Comments

Kelantan vs Selangor | Suku Akhir #2 Piala Malaysia 2010

KELANTAN muncul pasukan pertama mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2010 selepas menewaskan Selangor 3-0 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu malam tadi. [LIHAT VIDEO]

Walaupun Kelantan beraksi tanpa Norshahrul Idlan Talaha namun rentak pasukan tuan rumah nyata tidak terjejas bahkan menguasai perlawanan di babak pertama dengan menyaksikan dua gol dapat dijaringkan menerusi Norfarhan Mohamad yang bijak menyempurnakan hantaran Akmal Rizal Ahmad Rakhli pada minit ke-13

Sorakan peminat tuan rumah bertambah gamat apabila Akmal Rizal menjadikan kedudukan 2-0 selepas menanduk masuk hantaran Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-24 sebelum Badhri Radzi menewaskan penjaga gol Selangor buat kali ketiga pada minit ke-79.

Kelantan mara dengan agregat 3-0 sekaligus menyaksikan Selangor hampa buat kali kedua berturut-turut selepas gagal di peringkat sama kepada Terengganu menerusi penentuan sepakan penalti.

Dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Shah Alam Selasa lalu, Kelantan mengikat Selangor dengan keputusan seri tanpa jaringan yang turut menyaksikan insiden pergaduhan antara kedua-dua penyokong dan berterusan hingga ke luar stadium.

Di peringkat separuh akhir Kelantan akan menunggu pemenang antara Kedah dan Terengganu




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News