Wednesday, 28/06/2017


Kedah vs ATM LIVE di Astro Arena

Published on October 9, 2010 by   ·   No Comments

Pasukan Kenari berdepan kemungkinan tersingkir buat kali kedua berturut-turut

PENGURUS pasukan Kedah, Datuk Khazali Din ternyata kecewa dengan persembahan penjaga gol, Mohd Helmi Eliza Elias yang gagal mempamer aksi terbaik pada aksi menentang Perak tiga hari lalu.

Katanya, kesilapan Helmi mengakibatkan Perak memperoleh gol mudah yang memberi kemenangan kepada skuad Seladang sekaligus menyaksikan pasukan Kenari meniti laluan berliku bagi memburu slot ke suku akhir.

“Helmi mampu menyelamatkan asakan lawan yang sukar sebelum itu tetapi bola mudah gagal (pula) dikawal dengan baik,” katanya melahir kekecewaan terhadap prestasi penjaga gawang Kedah itu.

Pada saingan Piala Malaysia musim lalu, Kedah tersingkir di peringkat kumpulan dan sekali lagi berdepan prospek gagal melepasi halangan pusingan awal jika gagal mencatat keputusan terbaik malam ini.

Ini kerana perlawanan menentang ATM di gelanggang sendiri malam ini adalah perlawanan terakhir kumpulan yang bakal menentukan hidup mati pasukan Kenari pada kempen Piala Malaysia 2010.

Kedah tiada pilihan selain perlu menang dengan kelebihan dua jaringan bagi memastikan mereka tidak tercicir dari kelompok lapan pasukan terbaik.

Namun jika Johor FC berjaya menewaskan Perak dalam satu lagi aksi Kumpulan C, keputusan seri sudah memadai untuk Kedah mara ke suku akhir.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News