Wednesday, 28/06/2017


Kedah 3-0 Terengganu

Published on October 17, 2010 by   ·   2 Comments

KEDAH melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia 2010 dengan kemenangan agregat 5-2 ke atas Terengganu selepas menewaskan pasukan dari Pantai Timur itu 3-0 di Stadium Darulaman, Alor Setar malam tadi. [LIHAT VIDEO]

Kedah, yang kali terakhir merangkul Piala Malaysia pada 2008, akan bertemu naib juara musim lalu, Kelantan untuk penentuan ke final apabila pasukan Red Warriors itu menundukkan Selangor, 3-0 dalam saingan pada Jumaat.

Biarpun tidak berpeluang menjaringkan sebarang gol pada babak pertama perlawanan tetapi segala-galanya berubah pada babak kedua.

Bermain di gelanggang sendiri, menyaksikan Kedah mengasak gawang lawan dengan Baddrol Bakhtiar akhirnya menghadiahkan jaringan pertama pada minit ke-62 selepas menerima hantaran Mohamad Faizal Abu Bakar dari sebelah kanan gol yang gagal ditangkap kemas Mohd Shamirza Yusoff.

Enam minit kemudian, Mohd Sabre Mat Abu menjaringkan gol kedua menerusi tandukan, hasil sepakan Baddrol manakala Mohd Khyril Muhymeen Zamri memberikan gol ketiga pada minit ke-83 buat skuad Kenari.

Kedah bagaimanapun bakal kehilangan dua penjaring utamanya, bagi pertemuan separuh akhir malam tadi apabila Mohd Sabre dan Mohd Khyril tidak dapat bermain pada perlawanan akan datang sesudah dua kali dilayangkan kad kuning.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (2)

  1. […] [LAPORAN PENUH..] 2 Comments | Permalink | Subscribe Post or Comment var addthis_pub="izwan00"; nuffnang_bid = "cab0956ad1e2a84bc10b88e6fe010f35"; This entry was posted on Saturday, October 16th, 2010 at 11:40 pm and is filed under Piala Malaysia. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site. […]

  2. aina says:

    kedah menang kena lawan dgn kelantan.




Latest News