Wednesday, 28/06/2017


Piala Malaysia 2012 bermula raya keempat

Published on July 21, 2012 by   ·   No Comments

Ambil kira pasukan Kelantan terbabit aksi suku akhir Piala AFC

DUA belas pasukan teratas Liga Super dan empat pasukan teratas Liga Perdana akan bersaing dalam Piala Malaysia 2012 yang dijangka bermula pada hari keempat Aidilfitri.

Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata langkah itu diambil kerana FAM ingin memberi lebih ruang kepada pasukan kebangsaan mempersiapkan diri bagi mempertahankan Piala Suzuki AFF, mulai November depan.

“Selain itu, kita turut mengambil kira Kelantan terbabit dalam suku akhir Piala AFC. Bagi kita tiada masalah setiap pasukan mula beraksi pada hari keempat Aidilfitri kerana perkara sama pernah berlaku sebelum ini,” katanya selepas menyampaikan ganjaran dan insentif kepada pasukan Liga Super dan Liga Perdana di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM berkata, 12 pasukan teratas Liga Super dan empat pasukan teratas Liga Perdana terbabit dalam kejohanan kali ini dengan final akan berlangsung pada 20 Oktober depan.

Tags:

Readers Comments (0)




Latest News