Thursday, 04/03/2021


Piala Malaysia 2010: Kumpulan D

Published on September 14, 2010 by   ·   No Comments

SELANGOR

SELEPAS kali terakhir merangkul Piala Malaysia pada 2005, Selangor bercita-cita besar bagi memastikan kejuaraan paling berprestij itu berada dalam genggam buat kali ke-33.

Tidak syak lagi selaku masih memegang status pasukan pilihan, lebih-lebih lagi begitu konsisten sepanjang aksi musim ini sehingga muncul juara Liga Super.

Selangor pastinya tidak akan berasa puas hanya memenangi Liga Super sahaja musim ini dan akan memberi cabaran hebat seperti mana tradisi mereka dalam Piala Malaysia.

Gergasi Merah Kuning merupakan pasukan paling banyak memjulang Piala Malaysia iaitu sebanyak 32 kali.

Sepanjang persiapan di bulan Ramadan, Selangor tidak begitu menyerah dan aksi mereka khususnya di bahagian serangan agak bergerak. Namun situasi ini tidak menggusarkan kerana mereka memiliki ramai pemain yang boleh ditukar ganti bagi posisi berkenaan. Perebutan posisi itu akan memberi persaingan sengit dikalangan pemain.

Namun K Devan telah menyuarakan kebimbangannya mengenai barisan pertahanan selain goyah ketika berhadapan dengan situasi set piece.

Apatah lagi, Selangor sah kehilangan khidmat pemain tengah berkaliber Bunyamin Omar. Kelibat lasaknya di bahagian berkenaan menyebabkan rakan-rakan lain khususnya Hardi Jaafar perlu bekerja lebih keras lagi.

Pemain tumpuan: Amri Yahyah

PERLIS

Nasib Perlis musim ini agak terumbang-ambing sehingga terpaksa menagih khidmat jurulatih Yunus Alif dipertengahan saingan. Tidak banyak perubahan mendadak yang dipamerkan bekas jurulatih Proton Fc itu tetapi beliau berjaya menyelamatkan Perlis daripada terjerumus ke Liga Perdana.

Kini Singa Utara bukan lagi pasukan terlalu diberi perhatian kali ini.

Kegagalan memancing beberapa pemain seperti yang dihajati, telah membantutkan hasrat juara dua kali ini.

Perlis juga menerima tamparan hebat apabila penjaga gol utama, Farizal Marlis terpaksa berehat panjang akibat kecederaan retak pipi ketika bersama skuad kebangsaan.

Maka, Perlis telah bertindak meminjam penjaga gawang skuad Liga Perdana Universiti Sains Malaysia (USM FC), Suhardy Elby, 28.

PEmain tumpuan: Ahmad Fakri Saarani

FELDA UNITED

Felda United dianggap berpeluang untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati. Pengendali pasukan ini, E Ellavarasan pastinya ini mencipta kejutan sesudah misi utama musim ini untuk melayakkan diri ke Liga Super tercapai.

Tetapi ramai pemain berkaliber dalam skuad ini seperti Nazrulerwan Makmor, Kaironnisam Sahabuddin Hussain, Fatrurazi Rozi, Juzaili Samion, Chow Chee Weng, Rashid Mahmud, Hasmawi Hassan dan Zainal Rabin.

Tanpa sebarang tekanan, ini akan dapat memberi kelebihan kepada Felda United.

Memetik ulasan Ellavarasan selepas undian Piala Malaysia yang lalu, beliau menganggap pasukannya mempunyai peluang kerana bertemu dengan Selangor lebih awal dan mengelak pertemuan di suku akhir sambil menganggap lawan selebihnya seimbang.

T-TEAM

Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor sebenarnya berdepan tugas getir untuk memastikan T-Team memberi cabaran hebat walaupun ini merupakan penglibatan pertama pasukan Pantai Timur ini.

Tetapi melihat kepada barisan pemain sedia ada yang rata-rata merupakan bekas pemain kebangsaan, T-Team perlu juga membuktikan kemampuan mereka.

Di bahagian tengah, T-Team mempunyai beberapa pemain untuk memberi sentuhan kreatif tetapi Hairul Izuan dilihat sebagai gandingan tepat bersama kapten pasukan, Rosdi Talib yang kini lebih banyak mengisi ruangan tengah.

Walaupun nama Haris Safwan Kamal sering menjadi sebutan, pemain berasal dari Lembah Klang, Abdul Hadi Yahya dianggap lebih bahaya pada musim ini. Maka gandingan mereka mampu memberi impak besar dalam usaha mengkucar-kacirkan pertahanan lawan.

Pemain tumpuan: Abdul Hadi Yahya

Tags: ,

Readers Comments (0)




Latest News