Thursday, 29/06/2017


Perak, Sabah dan T-Team tersingkir

Published on October 10, 2010 by   ·   No Comments

Perak tumpas kepada Johor FC sekaligus tersingkirNAIB juara musim lalu, Kelantan bersama-sama Pahang, Terengganu, Johor FC, Kedah dan Perlis melengkapkan lapan pasukan yang mara ke saingan suku akhir Piala Malaysia selepas juara bertahan, Negeri Sembilan dan Selangor mengesahkan tiket lebih awal sebelum ini.

Kelantan yang tewas kepada Negeri Sembilan pada aksi final musim lalu berjaya melangkah ke pusingan seterusnya setelah membelasah KL Plus 4-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi.

Gol kemenangan Kelantan dijaringkan oleh Badhri Radzi pada minit ke-24, Nor Shahrul Idlan Talaha (minit ke-36 dan 41) dan Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid (minit ke-68).

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Juara Piala Malaysia musim lepas, Negeri Sembilan menang 3-1 ke atas Selangor PKNS.

Sementara itu, dalam saingan kumpulan B, Pahang turut mara ke saingan suku akhir biarpun seri 1-1 kepada Sabah pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Gol Pahang disumbangkan oleh Mohamad Fauzi Roslan pada minit ke-78, manakala gol Sabah pula dijaringkan oleh Razlan Oto pada minit ke-82.

Terengganu pula menang tipis 2-1 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Di Stadium Perak, Ipoh, Johor FC yang berada di tangga teratas kumpulan C menang tipis 1-0 menyekat langkah Perak ke saingan suku akhir.

Gol tunggal Johor FC dijaringan oleh Mohd Azizan Baba pada minit ke-47.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan C, seperti yang telah diramalkan Kedah dengan mudah membelasah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 4-0 di Stadium Darulaman, Alor Setar.

Bagi perlawanan kumpulan D, Perlis berjaya melangkah ke peringkat suku akhir biarpun tewas 0-2 kepada Selangor pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Utama Negeri, Kangar.

Manakala -Team pula terikat 1-1 dengan pasukan tercorot Kumpulan D, Felda United pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Pada perlawanan suku akhir nanti, Negeri Sembilan akan bertemu dengan Perlis, Terengganu bertemu Kedah, Johor FC bertemu Pahang dan Selangor bertemu Kelantan.

Perlawanan suku akhir pertama dijadual pada Selasa ini dan perlawanan timbal balik kedua pada 16 Oktober.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News