Saturday, 25/11/2017


Penyokong rayu FAM tangguh hukuman ke atas Sathia

Published on October 24, 2010 by   ·   No Comments

Timbang perhimpunan aman di Wisma FAM jika rayuan ditolak

KELAB Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan merayu agar Lembaga Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menangguh hukuman gantung dan denda terhadap Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan sehingga tamat perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Negeri Sembilan.

Timbalan Presiden kelab tersebut, Nik Mohd Salehuddin Nik Abdul Razak berkata walaupun semua pihak akur dengan keputusan penggantungan Sathianathan, tetapi FAM perlu juga bertindak adil kepada Kelantan.

Perlawanan akhir akan diadakan 30 Oktober ini.

“Kami hanya minta tangguhkan sementara hukuman sehingga tamat Piala Malaysia musim ini. Ini bagi membolehkan Sathianathan menjalankan tanggungjawabnya sebagai jurulatih dengan sempurna,” katanya kepada Bernama selepas lebih 100 anggota kelab tersebut membantah keputusan menggantung jurulatih itu, di perkarangan Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di sini, tengah hari tadi.

Dua hari lalu, Lembaga Disiplin menggantung Sathianathan selama enam bulan dan denda sebanyak RM2,000 berkuat kuasa serta-merta kerana memberi kenyataan kepada media berhubung keadaan stadium tuan rumah bagi perlawanan Perlis menentang Terengganu semasa perlawanan Liga Super musim lepas.

Nik Mohd Salehuddin berkata tindakan FAM dikhuatiri boleh menjejaskan semangat pada pemain Kelantan.

“Jika gagal dalam rayuan ini, kami mungkin akan mengadakan satu lagi perhimpunan secara aman di Wisma FAM di Kelana Jaya Jumaat ini,” katanya.

Para ahli kelab juga akan bermai-ramai membotakkan kelapa mereka sebagai membayar nazar di atas kejayaan Kelantan menjejakkan kaki sekali lagi ke final Piala Malaysia seperti pada musim lalu, walaupun tewas kepada Negeri Sembilan.




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News