Saturday, 25/11/2017


Dollah lega penantian Pahang berakhir

Published on October 11, 2010 by   ·   No Comments

Pahang FAJURULATIH Pahang, Dollah Salleh mengakui jiwanya kini berasa tenang selepas skuad kendaliannya layak ke suku akhir Piala Malaysia 2010 dengan muncul naib juara Kumpulan B di belakang Terengganu.

Impian Pahang untuk meneruskan saingan ke pusingan kalah mati hampir diragut pasukan Sabah yang bangkit pada lewat permainan, namun kejayaan mengekang asakan lewat pasukan pelawat menceriakan penyokong setia Tok Gajah.

Pahang hanya perlukan satu mata mencatat keputusan seri 1-1 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Sabah malam semalam, sekaligus memastikan laluan ke suku akhir saingan bola sepak berprestij itu.

Dollah Salleh ketika mengulas aksi anak buahnya dalam perlawanan genting berkenaan mengakui sikap terlalu berhati-hati para pemain membantutkan usaha membolosi gawang lawan, namun beliau bersyukur kerana Pahang akhirnya berjaya menyertai tujuh lagi pasukan ke suku akhir.

Pada saingan Piala Malaysia musim lalu, Pahang yang diletakkan dalam Kumpulan A gagal melepasi halangan awal apabila sekadar menduduki tangga ketiga di belakang KL Plus dan Perlis.

Pada saingan Liga Super musim ini pula, Pahang menghuni tangga kelapan dengan mengumpul 30 mata daripada 26 perlawanan.




coded by nessus

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Latest News