Monday, 19/02/2018


Peminat Pahang harap insiden ‘memalukan’ tak berulang

Published on October 5, 2010 by   ·   No Comments

PENYOKONG setia skuad Tok Gajah mahu pengurusan Stadium Darul Makmur memandang serius tahap piawaian yang ditetapkan supaya insiden satu daripada tiang lampu stadium gagal berfungsi tidak berulang pada masa depan.

Menurut mereka, masalah yang berlaku itu memberi tamparan hebat dan memalukan apabila perlawanan antara Pahang dan Kuala Lumpur pada 17 September lalu terpaksa ditangguhkan.

Seorang peminat pasukan Pahang, Zahidi Zahar, 22, berkata, pengurusan stadium perlu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan menyelenggarakan segala kelengkapan dan keperluan untuk menepati piawaian ditetapkan.

Katanya, pemain skuad Tok Gajah sendiri mengakui mereka lebih selesa beraksi di tempat sendiri namun ia tidak boleh dijadikan alasan atas kekalahan mereka kepada Kuala Lumpur ketika beraksi di Stadium Kuala Lumpur Cheras.

“Tindakan pantas pengurusan stadium membaiki kerosakan tiang lampu membuktikan bahawa mereka mampu menyelenggarakan stadium tetapi mungkin tidak serius.

“Kini, Stadium Darul Makmur boleh digunakan sebagai gelanggang tuan rumah dalam saingan Piala Malaysia musim ini selepas berjaya melepasi tahap piawaian untuk pencahayaan lampu limpah yang ditetapkan.

“Ini memberi peluang kepada peminat berkunjung menyaksikan Skuad Tok Gajah bermain di tempat sendiri,” katanya.

Seorang lagi peminat pasukan Tok Gajah, Mohd Taufik Abdul Latif, 21, berkata, kerajaan negeri perlu campur tangan untuk memastikan segala aspek keperluan di stadium berada pada tahap terbaik.

Menurutnya, keputusan kerajaan negeri memberi peruntukan tambahan sehingga RM200,000 untuk mengatasi masalah pencahayaan itu tepat dan membuktikan sokongan kepada keperluan sukan tanah air.




coded by nessus

Tags: ,

Readers Comments (0)




Latest News