Saturday, 05/12/2020


Peminat bantah kenaikan harga tiket Final Piala Malaysia 2010

Published on October 26, 2010 by   ·   5 Comments

TINDAKAN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaikkan harga tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 di saat-saat akhir nyata menimbulkan kemarahan dan bantahan khasnya di kalangan penyokong pasukan Kelantan yang terpaksa mengeluarkan belanja lebih tinggi berbanding penyokong Negeri Sembilan.

Semalam FAM mengumumkan harga tiket bagi tempat duduk terbuka ditetapkan pada harga RM30 berbanding RM20 pada tahun lalu (kenaikan RM10) manakala bagi tempat duduk utama ialah sebanyak RM50 berbanding RM30 tahun lepas (kenaikan RM20).

Harga tiket bagi kanak-kanak pula ialah RM5.

Peminat yang berang dengan tindakan FAM mengumumkan kenaikan harga tiket pada saat-saat akhir telah mencipta satu halaman khas (page) di laman sosial Facebook dengan tajuk “Membantah Kenaikan Harga Tiket Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia“.

Sehingga artikel ini ditulis, lebih 1,000 peminat bola sepak dari kedua-dua pasukan (Kelantan dan Negeri Sembilan) telah menyertai page berkenaan.

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin menjelaskan rasional di sebalik kenaikan berkenaan antara lainnya bagi menjaga prestij final Piala Malaysia.

Namun mungkin Dato’ Hamidin terlupa, jika pun kerana menjaga prestij kejohanan berkenaan kenapa ia baru diumumkan. Kenapa tidak mengumumkan harga tiket semasa saingan Piala Malaysia bermula sejak 14 September lalu.

Adakah FAM mahu menangguk di air keruh kerana menyedari pasukan yang mara ke final ialah pasukan Kelantan yang sudah diketahui umum peminat pasukan berkenaan pasti akan memenuhi stadium untuk menyaksikan pasukan mereka beraksi.

Persoalan yang perlu dijawab ialah adakah jika bukan pasukan Kelantan yang mara ke final, harga tiket akan kekal sebagaimana tahun lepas iaitu sebanyak RM20 bagi tempat duduk terbuka.

Sudah jelas, aksi final tahun lalu menyaksikan hampir 60,000 penyokong yang memenuhi stadium adalah peminat Kelantan.




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (5)

  1. alisabki says:

    Peminat kedua-dua negeri baik dari Negeri Kelantan mahupun Negeri Sembilan bersatu hati membantah.

  2. rul says:

    x patut la..yg datang tu bukannye orang kaya2..rm20+10 mcm3 bole buat…

  3. kg langgar tapang says:

    doh kalu tiket mahal tak yah gi kl….pade tengok live dalam tv…jimat maso dan duit…kadang-kadang kito kena ajar jugo puak-puak fam ni…nak kaut untung sajo deh….

  4. Berani Mati says:

    jolo-jolo ambo sokong,,,tgk dlm tv je la doh gitu gak…kan tv pun x tunjuk kan,,guano gamok.

  5. anak kelantan says:

    ini adalah salah satu tindakan FAM untuk menghalang kemaraan penyokong kelanta. maca2 diorg bt. naikkn harga la, jual dlm bntuk pakej la..gantung jurulatih la..penyokong kelantan, kte sma2 bnth kenaikn harga ni, tp sokongn mst padu wlpn d mn kte brada.




Latest News