Pahang mahu kekalkan aksi cemerlang

September 17th 2010 | Posted by admin


GANDINGAN penyerang pinjaman, Mohd Faizol Hussain dan Mohd Fazli Baharuddin terus ditagih Pahang apabila melayan kunjungan Kuala Lumpur di Stadium Darulmakmur bagi perlawanan kedua Kumpulan B Piala Malaysia, malam ini.

Jurulatih Dollah Salleh berkata, kombinasi terbaik itu diyakini dapat mengekalkan aksi cemerlang pasukan terutama membolosi gawang lawan, andai jentera tengah dan pertahanan turut mengekalkan rentak permainan cemerlang seperti ketika menundukkan Terengganu 3-1, Selasa lalu.

“Saya harapkan kerjasama mantap dan disiplin tinggi dapat diberikan pemain selain membuktikan kepada peminat bahawa Pahang masih mampu bermain baik bagi menghalang lawan mencipta kemenangan.

“Mereka perlu buktikan bahawa skuad Pahang yang ditampilkan pada saingan Piala Malaysia kali ini berbeza berbanding Liga Super lalu,” katanya.

Namun, Dollah mengingatkan anak buahnya supaya tidak terlalu berbangga memandangkan perjalanan dalam saingan Piala Malaysia masih lagi jauh dan terpulang kepada kebijaksanaan pemain sama ada mahu mempamerkan aksi terbaik atau sebaliknya memandangkan cabaran lebih getir bakal dilalui selepas ini.

“Kunjungan Kuala Lumpur tidak harus dipandang rendah biarpun lawan sekadar mencatat satu mata selepas seri tanpa jaringan dengan Sabah. Ia tidak harus dijadikan alasan buat pemain untuk beraksi sambil lewa,” katanya.

Related Posts

Negeri Sembilan juara Piala Malaysia 2011

Pasukan Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia 2011 dengan menewaskan Terengganu 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam sebentar tadi. Negeri Sembilan bangkit menjaringkan dua gol dalam tempoh enam minit dan muncul juara Piala Malaysia buat kali ketiga dalam sejarah penyertaannya dalam kancah saingan Piala Malaysia. Gol kemenangan [...]

Video Sarawak vs Kelantan [0-2]

Video Sarawak FA vs Kelantan FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 KELANTAN yang juga juara Liga Super 2011 tidak menghadapi masalah untuk memungut tiga mata dalam saingan Kumpulan C menewaskan Sarawak 2-0 hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha minit ke-69 dan S Chanturu minit ke-85. Video: Sarawak 0-2 Kelantan | Gol [...]

Video Sime Darby vs Terengganu [0-3]

Video Sime Darby FC vs Terengganu FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 TERENGGANU menang 3-0 ke atas Sime Darby dalam aksi Kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, apabila memperolehi jaringan awal melalui Joseph Kallang Tie pada minit keenam. Reeshafiq Alwi menambah gol kedua 12 minit sebelum separuh masa pertama [...]

Video T-Team vs Selangor [1-0]

Video T-Team FC vs Selangor FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 SELANGOR yang beraksi dalam Kumpulan D terpaksa menerima hakikat bahawa persediaan mereka masih kurang mantap tatkala T-Team menggunakan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shahg untuk mencatat kemenangan 1-0 hasil [...]

Video Johor vs Kedah [0-2]

Video Johor FA vs Kedah FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 KEDAH menerajui Kumpulan A selepas memungut tiga mata dengan menewaskan Johor 2-0 di Stadium Larkin hasil Khyril Muhymeen Zambri yang menyumbat dua gol pada minit ketujuh dan ke-80. Video: Johor 0-2 Kedah | Gol Khyril [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.