Wednesday, 02/12/2020


Pahang cerah peluang ke suku akhir

Published on October 7, 2010 by   ·   2 Comments

Saingan sengit tiga penjuru rebut dua slot suku akhir

PAHANG merampas kedudukan sebagai pendahulu Kumpulan B apabila menundukkan Kuala Lumpur 1-0 menerusi jaringan Faizul Hussain dalam aksi di Stadium Darul Makmur malam tadi.

Jaringan Faizul pada minit ke-53 itu menjadikan persaingan tiga penjuru Kumpulan B bagi perebutan dua tiket suku akhir bersama-sama Sabah dan Terengganu.

Terengganu mencerahkan peluang apabila menewaskan Sabah 3-0 menerusi jaringan Abdul Manaf Mamat pada minit ke-34 dan 46 sebelum Wan Mohd Alif Wan Najmi memastikan gol ketiga (m-68) dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Selepas lima perlawanan Pahang di tangga teratas dengan sembilan mata diikuti Sabah (lapan) dan Terengganu (tujuh).




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (2)




Latest News