Monday, 26/08/2019


Negeri Sembilan yakin mampu bangkit

Published on October 23, 2010 by   ·   No Comments

Johor FC vs Negeri Sembilan

NEGERI Sembilan akui tugas sukar menanti mereka pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia apabila bertemu Johor FC di Stadium JCORP, Pasir Gudang malam ini.

Namun jurulatihnya, Wan Jamak Wan Hassan berkata beliau masih menaruh kepercayaan kepada pemainnya untuk melangkah ke final dan seterusnya mempertahankan kejuaraan.

“Kita masih ada 90 minit lagi masa permainan untuk bangkit dari ketinggalan 0-1 pada perlawanan separuh akhir pertama di Paroi malam tadi,” katanya selepas perlawanan separuh akhir kedua Rabu lalu.

Beliau yakin jika pemainnya dapat mengekalkan prestasi dan persembahan seperti mana dilakukan termasuk ketika bermain di gelanggang lawan sebelum ini, bukan sesuatu yang mustahil untuk Negeri Sembilan mencapai kemenangan dan seterusnya melayakkan diri ke perlawanan akhir.

“Tambahan pula rekod Negeri Sembilan di gelanggang lawan masih menyakinkan dan saya percaya peluang kita untuk mengatasi defisit yang dimiliki Johor FC masih boleh diatasi. Justeru, fokus utama kita sebaik turun Sabtu ini adalah untuk memadamkan defisit itu bagi membolehkan saingan kembali terbuka.

“Saya akan mengatur strategi baru terutama dari segi posisi pemain berikutan beberapa pemain mengalami kecederaan dan saya akan lihat barisan terbaik yang akan diberikan tanggungjawab nanti kerana matlamat kami adalah untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia dan saya yakin peluang itu masih ada,” katanya.

Mengulas perlawanan separuh akhir pertama, Wan Jamak mengakui nasib nyata tidak menyebelahi skuad bimbingannya untuk mencatat kemenangan walaupun hampir menguasai keseluruhan permainan.

“Memang rasa kecewa kerana pemain saya gagal meletakkan bola ke gawang lawan walaupun mereka menguasai hampir 80 peratus permainan sebaliknya pihak lawan pula yang berjaya menjaringkan gol hasil kesilapan penjaga gol Sani Anuar Kamsani yang meninggalkan gawang yang tidak sepatut dia lakukan. [VIDEO]

“Kesilapan ini harus dijadikan pengajaran oleh setiap pemain kerana dari segi rekod pertemuan sebelum ini, kita mempunyai kelebihan dan pemain sepatutnya bijak memanfaatkan setiap peluang untuk menjaringkan gol.

“Namun ketiadaan beberapa pemain berpengalaman terutama Idris Karim yang digantung dan penyerang kebangsaan Mohd Zaquan Adha Abdul Razak akibat kecederaan serta ketua pasukan Rezal Zambery Yahya yang dikeluarkan kerana kecederaan turut memberi kesan kepada keseluruhan persembahan kami,” katanya.

Sementara itu jurulatih Johor FC, Azuan Zain mahu kesebelasan utama pemainnya berwaspada mengekang asakan awal Negeri Sembilan dalam perlawanan separuh akhir kedua malam ini.

Azuan yang mengambil tugas selaku pembimbing skuad bertaraf kelab itu dari Ramlan Rashid sejak Ogos lalu, menegaskan betapa komitmen tinggi pemain amat ditagih dan tidak mahu barisannya sewenang-wenang membiarkan anak didik Wan Jamak Wan Hassan `berkuasa di padang.

Katanya, dengan defisit yang perlu dipadamkan secepat mungkin, skuad juara bertahan itu pasti tampil dengan agresif dan garang untuk mencari gol tetapi pemainnya diarah bersikap tenang dan terus mengikuti corak taktikal seperti dirancangkan.




coded by nessus

Tags: , , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News