Thursday, 04/03/2021


Misi memburu Piala Malaysia 2010

Published on September 14, 2010 by   ·   No Comments

null

MESKIPUN masih dalam mood Aidilfitri, ia bukan satu alasan bagi pemain-pemain bola sepak tempatan untuk beraksi pada kempen Piala Malaysia 2010.

Malam ini, kesemua pemain daripada 16 pasukan yang menyertai kejohanan yang memasuki edisi ke-84 itu tidak ada alasan untuk beraksi sambil lewa.

Sudah pasti semua pasukan mempunyai misi utama iaitu untuk merampas Piala Malaysia daripada genggaman juara bertahan, Negeri Sembilan.

Meskipun kurang menyinar dan sekadar menduduki tangga keenam dalam saingan Liga Super musim ini, Negeri Sembilan sudah pasti mahu mengubat kekecewaan itu dengan memastikan Piala Malaysia terus kekal menjadi milik mereka.

Pada final musim lalu, anak-anak buah Wan Jamak Wan Hassan berjaya menundukkan Kelantan 3-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Justeru, kredibiliti pemain-pemain sku- ad Rusa yang sering menjanjikan kejutan memang ditagih ribuan penyokong fanatik Hoben Jang Hoben.

Ia bagi mengulangi pencapaian menju- lang Piala Malaysia musim lalu setelah Negeri Sembilan terpaksa menanti selama 61 tahun untuk menjulang piala berprestij itu.

Beraksi dalam Kumpulan A bersama PKNS FC, KL Plus dan Kelantan, Negeri Sembilan pasti mengharapkan kehebatan gandingan pemain muda dan berpengala- man untuk mengucar-ngacirkan benteng pertahanan lawan.

Dalam pada itu, nasib tidak menyebelahi Kelantan kerana mereka masih gagal menjulang mana-mana piala meskipun cukup digeruni pasukan lawan ter- utama jika beraksi di gelanggang sendiri.

Selain terpaksa berpuas hati di tangga kedua Liga Super di belakang Selangor pada saingan musim ini, Kelantan juga berterusan diselubungi kontroversi.

Ia termasuk pelantikan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang seolah-olah tidak dihargai kredibilitinya apabila beliau seka- dar dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.

Malah desas-desus berlakunya hubungan dingin antara jurulatih, B. Sathianathan dengan pemain-pemain The Red Warriors juga sedikit sebanyak merencatkan langkah naib juara Piala Malaysia itu untuk menyerlah pada saingan kali ini.

Lantaran itu, perlawanan pembukaan menentang Negeri Sembilan di gelanggang keramat, Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru pastinya ditunggu-tunggu oleh penyokong skuad Kijang bagi memberi amaran kepada pencabar lain betapa Kelantan bukan calang-calang pasukan.

Kehebatan ‘kuda tua’, Akhmal Rizal Rakhli bersama Nor Shahrul Idlan Talaha di jentera serangan sudah pastinya ditagih selain mengharapkan kebijaksanaan Indra Putra Mahayudin mengemudi barisan tengah bagi memastikan Kelantan selesa memungut tiga mata berharga.

Apa yang jelas, barisan pemain Kelantan sendiri sepatutnya sedia maklum apa yang akan terjadi sekiranya mereka ditunjukkan jalan keluar pada edisi Piala Malaysia kali ini.

Sementara itu, seandainya prestasi semasa dijadikan ukuran, juara Liga Super 2010, Selangor sudah pasti dianggap calon pilihan untuk merangkul gelaran Piala Malaysia musim ini.

Dengan sentuhan The Special One Malay- sia, K. Devan yang cukup terkenal dengan strategi-strategi ampuh, ia memberi harapan kepada skuad Gergasi Merah untuk tampil selaku pasukan pilihan.

Mempunyai pemain yang seimbang di semua posisi seperti Safee Sali, Amri Yahyah, Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal dan Hardi Jaafar juga memberikan bayangan positif kepada penyokong Merah Kuning yang yakin pasukan kesayangan mereka itu akan berjaya menambah koleksi Piala Malaysia setelah kali terakhir melakukannya pada 2005.

Begitupun, ia bukan alasan untuk Sela- ngor mendabik dada kerana bakal ditentang hebat pasukan-pasukan lain seperti T-Team, Perlis dan juga juara Liga Perdana 2010, Felda United dalam aksi Kumpulan D.

Jika terlalu yakin, tidak mustahil Sela- ngor akan kecewa lagi musim ini, sekali gus menyaksikan rekod pasukan yang paling banyak menjulang Piala Malaysia sebanyak 32 kali itu tidak berubah.

Pasukan berstatus kelab, Johor FC juga mahu membuktikan mereka bukan calang-calang pasukan apabila bersaing bersama Kedah, Perak dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Kumpulan C.

Walaupun jurulatih, Ramlan Rashid terpaksa direhatkan oleh pihak pengurusan Johor FC gara-gara sekadar menduduki tangga keempat Liga Super musim ini, kredibiliti pengendali sementara, Azuan Zain tidak boleh dipertikaikan.

Untuk rekod, Azuan pernah membimbing Johor dalam saingan Liga Perdana dan ia sudah pasti akan dijadikan ‘tonik’ kepada pemain Sang Lebah yang ketandusan trofi sejak beberapa musim lalu.

Namun, ancaman Kedah dan Perak juga tidak boleh dipandang mudah kerana kedua-dua pasukan elit ini sudah pasti mahu membuktikan betapa mereka masih lagi bukan calang-calang pasukan dalam saingan bola sepak tempatan.

Apa yang pasti, barisan Johor FC perlu bijak memanfaatkan peluang sepanjang 90 minit permainan jika tidak mahu impian mereka menjadi pasukan berstatus kelab kedua yang menjulang Piala Malaysia hanyalah sekadar satu mimpi indah.

Aksi Kumpulan B juga menjanjikan pertarungan sengit antara Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur dan Sabah yang pasti ghairah memburu tiga mata penuh dalam aksi sulung mereka untuk mencerahkan laluan ke suku akhir.

Tumpuan sudah semestinya terarah kepada skuad Penyu yang enggan lagi menangis setelah kempunan beraksi final Piala Malaysia musim lalu.

Pemenang anugerah Kasut Emas Liga Super musim ini, Ashaari Shamsuddin pasti cukup berselera merobek gawang gol lawan.

Bagi Pahang, Kuala Lumpur dan Sabah pula, mereka juga mempunyai misi masing-masing walaupun tidak diletakkan harapan yang tinggi.

Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan terhadap setiap pasukan yang bersaing dan apa jua kemungkinan boleh berlaku selepas perlawanan pembukaan malam ini.

KOSMO

Tags: ,

Readers Comments (0)




Latest News