Tuesday, 27/06/2017


Kontroversi iringi kemaraan Kedah

Published on October 10, 2010 by   ·   No Comments

Kedah menewaskan ATM 4-0 untuk mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Malaysia 2010.

Kekalahan Perak di tangan Johor FC bawa tuah buat Kedah

BEKAS juara treble Liga Malaysia, Kedah terselamat daripada tersingkir di peringkat kumpulan apabila pasukan jiran mereka, Perak tumpas di tangan Johor FC bagi saingan Kumpulan C.

Kedah mengesahkan kemaraan ke suku akhir selepas membelasah ATM 4-0 dalam perlawanan yang diselubungi kontroversi di Stadium Darulaman malam tadi. [LIHAT VIDEO]

Manakala Perak terpaksa menyalahkan diri sendiri apabila gagal memanfaat kelebihan di gelanggang sendiri apabila ditewaskan Johor FC 0-1 di Stadium Negeri di Ipoh.

Azizan Baba muncul wira Johor FC apabila jaringan tunggalnya pada minit ke-47 membawa pasukan kelab itu mara ke pusingan kalah mati.

Manakala di Alor Setar, mutu pengadilan yang lemah membuka ruang buat pasukan tuan rumah berpesta gol sekaligus memastikan kemaraan Kedah ke suku akhir selepas terkandas di peringkat kumpulan pada saingan tahun lalu.

Kedah memperoleh jaringan menerusi Mohd Khyrill Muhymeen Zambri pada minit ke-47, Baddrol Bakhtiar (64), Wan Mohd Asyraf (71) dan Mohd Azmi Muslim (89).

Bagaimanapun perlawanan itu tercemar dengan keputusan lemah pengadil. Antaranya jaringan pembukaan Venice Elphi pada minit ke-30 yang didakwa ofside oleh penjaga garisan namun rakaman televisyen menunjukkan Venice berada pada kedudukan sah.

Keputusan pengadil sekali lagi dipertikaikan apabila tindakan Khyrill Muhymeen menggunakan tangan untuk menjaringkan gol pertama Kedah disahkan oleh pengadil.




coded by nessus

Tags: , , , , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News