Thursday, 17/08/2017


Kelantan vs Negeri Sembilan LIVE di Astro Arena

Published on September 14, 2010 by   ·   No Comments

DUA pasukan finalis musim lalu, Kelantan dan Negeri Sembilan menghangatkan persaingan Piala Malaysia 2010 apabila kedua-duanya bertemu dalam aksi pembukaan Kumpulan A di Stadium Sultan Mohd Ke-IV Kota Bharu malam ini.

Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan sudah tentu mengharapkan pasukannya mampu mencuri tiga mata apabila turun menentang tuan rumah yang berada pada prestasi terbaik ketika ini.

Katanya, apa yang perlu dilakukan oleh pemainnya ialah beraksi dengan penuh berhati-hati kerana Kelantan bukan calang-calang pasukan dan dilihat mantap bagi setiap posisi.

“Saya harap pemain berusaha keras untuk mencapai kejayaan di tempat lawan, seterusnya membawa pulang tiga mata, walaupun dua tonggak utama Aidil Zafuan Abd Radzak dan adik kembarnya, Zaquan Adha Abd Radzak tidak dapat beraksi.

“Aidil digantung perlawanan manakala Zaquan pula mengalami kecederaan ketika mewakili skuad kebangsaan tetapi bola sepak adalah permainan yang melibatkan 11 pemain, kami masih mempunyai dua pemain yang mampu mengisi kekosongan tersebut,” katanya.

Norizam Salaman dan Mohd. Rahman Zabul dijangka akan mengisi kekosongan tersebut, serta dapat berdepan dengan penyokong fanatik tuan rumah dengan tenang.

Peminat kedua-dua pasukan berpeluang menyaksikan aksi pasukan kesayangan mereka apabila Astro Arena (saluran 801) menyiarkan perlawanan berkenaan secara langsung bermula jam 8.30 malam ini.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News