Syed Adney sedia galas harapan

September 20th 2010 | Posted by admin


Syed Adney Syed HussainPENJAGA gol Kelantan, Syed Adney Syed Hussain bersedia meneruskan aksi cemerlangnya pada pertarungan menentang KL Plus dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam ini.

Keyakinan tersebut diluah Syed Adney selepas dia mendapat semula sentuhan kemas dalam dua perlawanan terdahulu.

Menurutnya, peluang yang diberikan oleh ketua jurulatih, B Sathianathan tidak akan dipersia-siakan, malah menganggap ia sebagai peluang terbaik buatnya untuk membuktikan sesuatu selepas gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama sebelum ini.

Katanya, inilah masa terbaik buat dirinya untuk meneruskan rentak cemerlang dan merampas semula tempat dalam kesebelasan utama Kelantan.

“Saya berterima kasih kepada jurulatih kerana memberikan peluang kepada saya untuk membuktikan sesuatu dan akhirnya saya berjaya melakukanya.

“Selepas ini, saya tidak mahu lagi menoleh ke belakang dan akan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik buat pasukan,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai peluang Kelantan pada pertemuan menentang KL Plus malam ini, Syed Adney memberitahu, dia yakin pasukannya mampu meraih tiga mata penuh.

“Berdasarkan persembahan semasa, saya yakin kita mampu meraih tiga mata ditambah pula beraksi di tempat sendiri.

“Dengan sokongan padu dari penyokong setia, kami sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan tersebut,” katanya.

Pada perlawanan menentang PKNS di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, Jumaat lalu, Syed Adney muncul wira Kelantan apabila menyelamatkan sepakan penalti untuk memastikan pasukannya membawa pulang tiga mata hasil kemenangan 1-0.

Kemenangan tersebut menyaksikan Kelantan kembali menghidupkan peluang untuk mencabar kedudukan juara bertahan, Negeri Sembilan selaku pendahulu Kumpulan A. — KOSMO

Related Posts

Norshahrul Idlan kekal status Pemain Paling Bernilai 2011

Norshahrul dianugerah Pemain Paling Bernilai Supermokh NORSHAHRUL Idlan Talaha mengekalkan gelaran Pemain Paling Bernilai Supermokh dalam majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2011 yang diadakan di hotel Holiday Inn, Glenmarie, Shah Alam tengah hari tadi. Penyerang Kelantan yang menjaringkan 19 gol dalam kempen [...]

Khairul Fahmi calon pilihan

SEIRING dengan slogan 100- PLUS, Outdo Yourself, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat berjaya membuktikan bahawa dia sememangnya calon paling layak untuk merangkul anugerah Pemain Muda Terbaik 2010. Namun, keputusan pemenang bagi kategori itu serta beberapa kategori lain hanya akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan [...]

Norshahrul wira Red Warriors

KELANTAN sekali lagi berjaya mengulangi pencapaian terbaiknya dalam tempoh 40 tahun apabila layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut setelah menunjukkan jalan keluar buat Kedah hasil kemenangan tipis 1-0 pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi. Tahun lalu, Kelantan [...]

Akmal Rizal wira Kelantan benam Selangor

AKMAL Rizal Rakhli membuktikan dirinya tetap berbisa apabila muncul wira dengan menjaringkan satu gol dan mencipta satu lagi untuk menjulang Kelantan muncul pasukan pertama mara ke separuh akhir Piala Malaysia dengan kemenangan 3-0 ke atas Selangor di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, malam tadi. Terikat tanpa jaringan di Stadium Shah Alam dalam suku [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.