Wednesday, 14/11/2018


Kelantan tidak gusar bertemu Selangor lebih awal

Published on October 8, 2010 by   ·   No Comments

TIGA mata penuh yang diraih Kelantan hasil kemenangan 4-0 ke atas PKNS di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam kelmarin cukup melegakan jurulatih mereka, B Sathianathan.

Biarpun berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya, namun Sathianathan menyifatkan ia bukan aksi terbaik yang disajikan skuad The Red Warriors.

Menurut Sathianathan, apa yang harus dipuji adalah komitmen barisan pemainnya yang jelas menguasai perlawanan sehingga mampu menampilkan aksi memukau.

“Ini adalah sebahagian daripada perjalanan kita, aksi menentang KL Plus Sabtu ini cukup penting dan saya mahu mereka (pemain) tahu betapa perlawanan tersebut sangat penting untuk mereka, pengurusan dan seluruh penyokong Kelantan.

“Bahagian tengah cukup cemerlang menggerakkan permainan selain membuka ruang kepada jentera hadapan dan Piya (Badri Radzi) membuktikan mengapa dia disebut antara perancang terbaik Kelantan dan di negara kita,” kata Sathianathan semalam.

Menurut beliau, pemain-pemain seperti Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha, Azizi Mat Rose dan Akmal Rizal Rakhli turut memainkan peranan penting mambantu Kelantan mencatat kemenangan besar malam kelmarin.

“Dengan momentum yang ada ketika ini saya yakin Kelantan berada pada landasan terbaik.

“Saya juga yakin dan sentiasa yakin Kelantan akan pergi jauh dengan memiliki pengurusan yang baik dan penyokong yang cukup mengagumkan.

“Apabila penyokong hanya sentiasa mahukan kemenangan bermakna anda memiliki satu pasukan yang kuat.

“Saya percaya apa yang penyokong percaya bahawa mereka ada sebuah pasukan yang hebat untuk merangkul kejuaraan,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai peluang Kelantan ke suku akhir dan dijangka bertemu Selangor, Sathianathan berkata: “Untuk menjadi juara, kita tidak boleh takut dengan sesiapa. Bertemu Selangor atau pasukan mana sekalipun, kita sentiasa mahu berikan yang terbaik.

“Apa yang saya takutkan adalah pasukan saya sendiri. Saya takut mereka tidak bermain seperti yang saya dan penyokong mahukan.”




coded by nessus

Tags: ,

Readers Comments (0)




Latest News