Kelantan lebih selesa selaku underdog

October 30th 2010 | Posted by admin


Final: Negeri Sembilan vs KelantanPENGENDALI pasukan The Red Warriors, B. Sathianathan mengakui Negeri Sembilan yang bakal ditentang pada perlawanan akhir Piala Malaysia malam ini sememangnya pakar dalam pertandingan merebut piala.

Menurut Sathianathan, skuad kendalian Wan Jamak Wan Hassan telah mempamerkan sentuhan ajaib setiap kali beraksi dalam perlawanan akhir apabila berjaya menjuarai Piala Malaysia tahun lalu dan Piala FA musim ini.

“Bagi saya mereka sebuah pasukan yang hebat dan mempunyai ramai pemain berpengalaman dan hebat. Walaupun mereka tidak beraksi dengan baik dalam saingan Liga Super lalu.

“Namun untuk saingan merebut piala, mereka telah berjaya membuktikan mereka sebenarnya sebuah pasukan yang hebat,” katanya.

Tambahnya, walaupun ramai yang mengatakan Kelantan pasukan pilihan termasuk pihak lawan, namun dia tetap menganggap Red Warriors bukan pasukan pilihan pada perlawanan akhir kali ini.

“Kelantan bukanlah pasukan pilihan, sebaliknya Negeri Sembilan layak digelar sebagai calon untuk juara,” ujarnya.

Jelasnya, dia lebih selesa sekiranya Kelantan dilabel sebagai pasukan bukan pilihan.

“Untuk perlawanan akhir malam esok (ini), kita akan turun dengan status ‘underdog’. Untuk itu saya harap pemain dapat mempamerkan aksi terbaik seperti yang mereka tunjukkan pada perlawanan sebelum ini.

“Kalau ditanya peluang, ia terbuka luas kepada Kelantan dan saya yakin pemain akan memberikan yang terbaik untuk memastikan kita menjadi juara kali ini,” jelasnya.

Sathianathan menambah, buat masa ini semua pemain berada dalam keadaan baik dari segi fizikal dan mental dan tidak sabar untuk turun beraksi pada perlawanan esok (malam ini).

– Utusan Malaysia

Related Posts

Negeri Sembilan juara Piala Malaysia 2011

Pasukan Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia 2011 dengan menewaskan Terengganu 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam sebentar tadi. Negeri Sembilan bangkit menjaringkan dua gol dalam tempoh enam minit dan muncul juara Piala Malaysia buat kali ketiga dalam sejarah penyertaannya dalam kancah saingan Piala Malaysia. Gol kemenangan [...]

Video Sarawak vs Kelantan [0-2]

Video Sarawak FA vs Kelantan FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 KELANTAN yang juga juara Liga Super 2011 tidak menghadapi masalah untuk memungut tiga mata dalam saingan Kumpulan C menewaskan Sarawak 2-0 hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha minit ke-69 dan S Chanturu minit ke-85. Video: Sarawak 0-2 Kelantan | Gol [...]

Video Sime Darby vs Terengganu [0-3]

Video Sime Darby FC vs Terengganu FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 TERENGGANU menang 3-0 ke atas Sime Darby dalam aksi Kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, apabila memperolehi jaringan awal melalui Joseph Kallang Tie pada minit keenam. Reeshafiq Alwi menambah gol kedua 12 minit sebelum separuh masa pertama [...]

Video T-Team vs Selangor [1-0]

Video T-Team FC vs Selangor FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 SELANGOR yang beraksi dalam Kumpulan D terpaksa menerima hakikat bahawa persediaan mereka masih kurang mantap tatkala T-Team menggunakan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shahg untuk mencatat kemenangan 1-0 hasil [...]

Video Johor vs Kedah [0-2]

Video Johor FA vs Kedah FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 KEDAH menerajui Kumpulan A selepas memungut tiga mata dengan menewaskan Johor 2-0 di Stadium Larkin hasil Khyril Muhymeen Zambri yang menyumbat dua gol pada minit ketujuh dan ke-80. Video: Johor 0-2 Kedah | Gol Khyril [...]

One Response to “Kelantan lebih selesa selaku underdog”

[...] Kelantan lebih selesa selaku underdog – Berita Liga Malaysia [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.