Sathia anggap perlawanan hidup mati

September 20th 2010 | Posted by admin


null

KETUA Jurulatih Kelantan, B Sathianathan menuntut anak-anak buahnya mempamerkan aksi terbaik ketika melayan kunjungan KL Plus pada aksi Kumpulan A Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam ini.

Menurutnya, perlawanan ini sangat penting dalam menentukan hala tuju pasukan itu pada saingan Piala Malaysia musim ini.

“Ini merupakan perlawanan hidup mati buat Kelantan, justeru itu tiga mata harus diraih jika mahu layak ke pusingan seterusnya.

“Beraksi di tempat sendiri harus digunakan sebaik mungkin untuk mengumpul mata penuh. Jadi pemain perlu memberikan aksi yang terbaik pada perlawanan malam esok (ini),” katanya.

Tambah beliau, walaupun turun tanpa kelibat pemain sayap lincah, Nor Farhan Mohammad yang mengalami kecederaan, beliau tetap yakin dengan barisan pemain yang bakal menggantikannya.

“Saya ada banyak pilihan pemain dan kesemuanya bersedia untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Farhan.

“Untuk perlawanan ini saya mengharapkan sentuhan kapten pasukan, Indra Putra untuk terus memberikan motivasi dan membimbang rakan-rakan sepasukan,” ujarnya.

Sathianathan berkata, beliau akan menurunkan kesebelasan yang sama ketika menentang Selangor PKNS pada Jumaat lalu.

Katanya, pemain-pemain terbabit mempamerkan aksi yang membanggakan termasuk penjaga gol, Syed Adney Syed Hussein.

Dalam pada itu, menurut beliau, kemampuan lawan yang bakal dihadapinya juga tidak boleh diragui kerana mereka telah mempamerkan aksi terbaik ketika menentang juara bertahan Negeri Sembilan Jumaat lalu.

Jelasnya, pasukan itu memiliki pemain yang cukup berpengalaman seperti Julaizi Sameon, Irwan Fadli Idrus, Khairul Nizam Shahbudin dan beberapa pemain muda yang berbakat yang mampu menjadi penghalang buat Kelantan untuk meraih tiga mata.

“Kita hormat KL Plus. Mereka sebuah pasukan yang hebat, lihat sahaja pada perlawanan lalu di mana mereka hampir-hampir mengecewakan Negeri Sembilan,” katanya. — KOSMO

Related Posts

Negeri Sembilan juara Piala Malaysia 2011

Pasukan Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia 2011 dengan menewaskan Terengganu 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam sebentar tadi. Negeri Sembilan bangkit menjaringkan dua gol dalam tempoh enam minit dan muncul juara Piala Malaysia buat kali ketiga dalam sejarah penyertaannya dalam kancah saingan Piala Malaysia. Gol kemenangan [...]

Video Sarawak vs Kelantan [0-2]

Video Sarawak FA vs Kelantan FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 KELANTAN yang juga juara Liga Super 2011 tidak menghadapi masalah untuk memungut tiga mata dalam saingan Kumpulan C menewaskan Sarawak 2-0 hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha minit ke-69 dan S Chanturu minit ke-85. Video: Sarawak 0-2 Kelantan | Gol [...]

Video Sime Darby vs Terengganu [0-3]

Video Sime Darby FC vs Terengganu FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 TERENGGANU menang 3-0 ke atas Sime Darby dalam aksi Kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, apabila memperolehi jaringan awal melalui Joseph Kallang Tie pada minit keenam. Reeshafiq Alwi menambah gol kedua 12 minit sebelum separuh masa pertama [...]

Video T-Team vs Selangor [1-0]

Video T-Team FC vs Selangor FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 SELANGOR yang beraksi dalam Kumpulan D terpaksa menerima hakikat bahawa persediaan mereka masih kurang mantap tatkala T-Team menggunakan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shahg untuk mencatat kemenangan 1-0 hasil [...]

Video Johor vs Kedah [0-2]

Video Johor FA vs Kedah FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 KEDAH menerajui Kumpulan A selepas memungut tiga mata dengan menewaskan Johor 2-0 di Stadium Larkin hasil Khyril Muhymeen Zambri yang menyumbat dua gol pada minit ketujuh dan ke-80. Video: Johor 0-2 Kedah | Gol Khyril [...]

One Response to “Sathia anggap perlawanan hidup mati”

[...] Sathia anggap perlawanan hidup mati – Berita Liga Malaysia [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.