Friday, 23/08/2019


Kelantan amuk PKNS 4-0

Published on October 6, 2010 by   ·   3 Comments

Kelantan 4-0 PKNS

KELANTAN mempamer aksi bertenaga dengan membelasah PKNS 4-0 dalam aksi Kumpulan A Piala Malaysia di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu sebentar tadi. [LIHAT VIDEO]

Kemenangan itu sekaligus mencerahkan peluang Kelantan untuk mengiringi juara bertahan, Negeri Sembilan yang sudah layak ke suku akhir selepas menewaskan KL Plus 2-1 dalam satu lagi aksi kumpulan yang sama.

Kelantan kini di tangga kedua dengan lapan mata manakala Negeri Sembilan kekal pendahulu dengan 11 mata.

[LIHAT CARTA TERKINI PIALA MALAYSIA]

PKNS di tangga ketiga dengan enam mata dan masih berpeluang untuk layak dengan syarat perlu menang perlawanan terakhir menentang Negeri Sembilan sambil berharap Kelantan tewas kepada KL Plus Sabtu ini.

Dalam aksi di KOTA BHARU malam ini, Kelantan terlebih dahulu menguji gawang pelawat menerusi percubaan Norfarhan Mohamad pada minit keempat disusuli tandukan Azizi Mat Rose yang singgah di tiang gol pada minit ke-20.

Usaha Kelantan untuk memburu gol awal akhirnya membuah hasil apabila tampanan kurang kemas penjaga gol PKNS disudahkan oleh pemain pertahanan tuan rumah, Mohd Farisham Ismail pada minit ke-28.

Tiga lagi gol Kelantan diperolehi pada babak kedua menerusi jaringan Akmal Rizal Ahmad Rakhli pada minit ke-54 serta Mohd Badhri Radzi pada minit ke-77.

Ketua pasukan Kelantan melengkapkan kemenangan besar Kelantan dengan menjaring gol keempat pada minit ke-81.

Hasil kemenangan malam ini, membolehkan Kelantan naik ke tangga kedua Kumpulan A dengan mengumpul lapan mata.

PKNS yang tewas pula turun ke tangga ketiga dengan enam mata.




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (3)




Latest News