KL Plus hampakan Kelantan

September 20th 2010 | Posted by admin


Piala Malaysia 2010: Kelantan 3-3 KL PlusKELANTAN melepaskan peluang terbaik mengutip mata penuh apabila membenarkan dua jaringan di minit-minit akhir perlawanan membolehkan KL Plus mengikat tuan rumah itu 3-3 dalam aksi Piala Malaysia di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, sebentar tadi.

Kelantan dilihat mampu memungut tiga mata penuh apabila mendahului 3-1 ketika perlawanan hampir tamat, namun dihampakan oleh dua jaringan berturut-turut pasukan pelawat.

Gol-gol Kelantan disumbangkan oleh Indra Putra Mahayuddin (minit ke-35 dan 60) dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli (minit ke-64), manakala tiga gol KL Plus dijaringkan oleh Azi Shahril (minit ke-52), Rusydee Samsudin (minit ke-90) dan Mohd Zaidi Ahmad (minit ke-90)

Sekalipun gagal memungut mata penuh, Kelantan kekal di tangga kedua Kumpulan A dengan empat mata. [LIHAT CARTA PENUH PIALA MALAYSIA]

Negeri Sembilan yang menewaskan PKNS 2-1 dalam satu lagi perlawanan terus unggul di tangga teratas dengan tujuh mata.

Juara bertahan itu akan bertemu Kelantan di Paroi dalam perlawanan keempat, 3 Oktober depan.

VIDEO: Kelantan 3-3 KL Plus

Related Posts

Negeri Sembilan juara Piala Malaysia 2011

Pasukan Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia 2011 dengan menewaskan Terengganu 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam sebentar tadi. Negeri Sembilan bangkit menjaringkan dua gol dalam tempoh enam minit dan muncul juara Piala Malaysia buat kali ketiga dalam sejarah penyertaannya dalam kancah saingan Piala Malaysia. Gol kemenangan [...]

Video Sarawak vs Kelantan [0-2]

Video Sarawak FA vs Kelantan FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 KELANTAN yang juga juara Liga Super 2011 tidak menghadapi masalah untuk memungut tiga mata dalam saingan Kumpulan C menewaskan Sarawak 2-0 hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha minit ke-69 dan S Chanturu minit ke-85. Video: Sarawak 0-2 Kelantan | Gol [...]

Video Sime Darby vs Terengganu [0-3]

Video Sime Darby FC vs Terengganu FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 TERENGGANU menang 3-0 ke atas Sime Darby dalam aksi Kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, apabila memperolehi jaringan awal melalui Joseph Kallang Tie pada minit keenam. Reeshafiq Alwi menambah gol kedua 12 minit sebelum separuh masa pertama [...]

Video T-Team vs Selangor [1-0]

Video T-Team FC vs Selangor FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 SELANGOR yang beraksi dalam Kumpulan D terpaksa menerima hakikat bahawa persediaan mereka masih kurang mantap tatkala T-Team menggunakan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shahg untuk mencatat kemenangan 1-0 hasil [...]

Video Johor vs Kedah [0-2]

Video Johor FA vs Kedah FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 KEDAH menerajui Kumpulan A selepas memungut tiga mata dengan menewaskan Johor 2-0 di Stadium Larkin hasil Khyril Muhymeen Zambri yang menyumbat dua gol pada minit ketujuh dan ke-80. Video: Johor 0-2 Kedah | Gol Khyril [...]

One Response to “KL Plus hampakan Kelantan”

commenter

kelanta mesti juara

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.