Monday, 26/08/2019


Negeri Sembilan kejutkan Kelantan 1-0

Published on September 14, 2010 by   ·   No Comments

PERTEMBUNGAN dua finalis musim lalu menyaksikan juara bertahan, Negeri Sembilan mengejutkan pasukan tuan rumah, Kelantan 1-0 pada aksi pembukaan Piala Malaysia 2010 di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu malam ini.

Sekalipun menguasai perlawanan selain sokong padu lebih 20 ribu penyokong setia, Kelantan gagal mengambil kesempatan untuk menembusi gawang Negeri Sembilan sebaliknya dikecewakan oleh jaringan tunggal hasil sepakan penalti Halim Zainal pada minit ke-73.

Ia ternyata keputusan yang sangat mengecewakan buat peminat The Red Warriors yang memenuhi setiap sudut stadium keramat mereka di Kota Bharu.

Sementara itu di SHAH ALAM juara Liga Super, Selangor tidak menghadapi masalah mengutip mata penuh selepas menundukkan T-Team 3-1.




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News