Thursday, 17/08/2017


Kedah, Kelantan seri tanpa jaringan

Published on October 20, 2010 by   ·   No Comments

KEDAH gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila terikat tanpa jaringan dengan finalis musim lalu, Kelantan dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2010 di Stadium Darulaman, Alor Setar, malam ini. [LIHAT VIDEO]

Pasukan tuan rumah yang bermain tanpa dua tonggak utama Mohd Khairul Helmi Johari dan Mohd Sabre Mat Abu tenggelam diasak barisan pemain The Red Warriors yang begitu agresif untuk mencipta jaringan.

Separuh masa pertama menyaksikan pemain Kedah agak tempang apabila Mohd Azmi Muslim terpaksa dikeluarkan pada minit ke-11 akibat mengalami kecederaan. Kedah yang mula garang pada separuh masa pertama gagal menyempurnakan peluang pada minit ke 16 apabila Badrol Bakhtiar gagal menyempurnakan sepakan di luar kotak penalti dan diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan, Khairul Che Mat.

Babak kedua menyaksikan Kelantan mula mengasak kubu Kedah apabila beberapa percubaan menarik Akmal Rizal Rakhli pada minit ke-51, namun gagal disempurnakan dengan baik.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News