Monday, 26/08/2019


Kebangkitan Kelantan ceriakan penyokong Red Warriors

Published on October 11, 2010 by   ·   2 Comments

Piala Malaysia 2010: Selangor vs Kelantan

KEJAYAAN Kelantan layak ke saingan suku akhir Piala Malaysia cukup menggembirakan penyokong setia pasukan itu termasuklah ketua jurulatihnya, B Sathianathan.

Bagi Sathianathan, kemenangan itu merupakan hadiah bermakna buatnya apabila The Red Warriors mempamerkan kebangkitan pada pusingan kedua selepas bermula agak hambar pada perlawanan terdahulu.

“Kita telah menunjukkan aksi yang terbaik dalam dua perlawanan terakhir. Pemain meneruskan momentum kemenangan pada perlawanan terdahulu dengan meratah pasukan KL Plus FC.

“Saya dan para peminat berharap aksi sedemikian dapat diteruskan dalam pertemuan akan datang menentang Selangor pada Selasa ini (malam esok),” katanya.

Tambahnya, beliau berpuas hati dengan persembahan penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha yang disifatkan memuncak tepat pada masanya.

“Saya memang berpuas hati dengan Norshahrul (Idlan Talaha). Walaupun beliau tidak menjaringkan gol sekali pun, saya tetap berpuas hati. Dia banyak membantu rakan sepasukan menjaringkan gol.

“Tetapi apabila beliau menjaringkan gol, bermakna itu menambahkan lagi keyakinan terhadap diri beliau sendiri. Setelah lama tidak menjaringkan gol, akhirnya dia telah temui sentuhan jaringannya,” katanya.

Dalam pada itu, Sathianathan turut memuji barisan pertahanan Kelantan yang menunjukkan persembahan cukup mantap walaupun tanpa kelibat Mohd. Daudsu Jamaludin.

“Mohd Farisham Ismail bermain dengan baik, sebab itulah saya mengekalkan beliau dalam perlawanan malam semalam. Kita kena ingat, itu yang membezakan di antara kekuatan pasukan Kelantan musim ini dengan musim lepas.

“Dalam erti kata lain, kita mempunyai reserve strength yang cukup baik. Apabila seseorang pemain cedera atau mengalami kemerosotan permainan, pemain lain mampu menggalas tugas itu,” katanya.

Pada perlawanan kelmarin, Kelantan meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan KL Plus 4-0 pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium MPBJ.

UTUSAN MALAYSIA




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (2)

  1. deus X machina says:

    Pinjam gambar bro untuk entry di blog

    http://the-red-giants.blogspot.com/2010/10/this-is-our-home-this-is-shah-alam.html

    Ada kredit sekali

  2. Liga Malaysia says:

    beres je bro :)




Latest News