Saturday, 07/12/2019


KAFA cadang ambil alih pengurusan SSMIV

Published on October 18, 2010 by   ·   No Comments

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bercadang mengambil alih pengurusan Stadium Sultan Muhammed Ke-IV dalam menaik taraf kemudahannya sejajar dengan syarat ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, ketika ini Stadium Sultan Muhammed Ke-IV yang diurus oleh Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) didapati banyak ketinggalan dari segi infrastruktur berbanding stadium-stadium lain di negara ini.

Beliau berkata, walaupun KAFA membayar levi dan cukai melebihi RM1 juta setahun kepada PSK, namun tiada usaha dilakukan oleh pihak tersebut untuk menaik taraf kemudahan yang ada.

”Sekiranya pengurusan stadium itu diambil-alih oleh KAFA, maka pihaknya tidak lagi perlu membayar levi dan cukai berkenaan.

“KAFA kini mempunyai beberapa rancangan bagi menaik taraf stadium berkenaan sekiranya kerajaan negeri sedia menyerahkan pengurusan stadium tersebut selepas ini.

“Antara rancangan menaik taraf stadium itu ialah membesarkan stadium yang dianggarkan bernilai RM6 juta bagi menambah bilangan tempat duduk penonton,” ujarnya kepada pemberita di sini, semalam.

Annuar memberitahu, Kerajaan Pusat ada meluluskan peruntukan sejumlah lebih RM1 juta untuk memasang sebuah papan keputusan elektronik di stadium berkenaan yang ketika ini dibuat secara manual dan ketinggalan zaman.

Utusan Malaysia




coded by nessus

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Latest News