Monday, 21/09/2020


Johor FC vs Perak LIVE di Astro Arena

Published on September 20, 2010 by   ·   No Comments

KEHANGATAN PIALA Malaysia kembali terasa hari ini dengan lapan perlawanan berlangsung untuk perlawanan ketiga.

Sebagaimana biasa, satu perlawanan dipilih oleh Astro Arena untuk siaran langsung yang membabitkan pertemuan antara Johor FC menentang Perak di Stadium JCorp, Pasir Gudang bagi saingan Kumpulan C.

Satu lagi aksi bagi Kumpulan C ialah perlawanan antara ATM menentang Kedah di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Jumaat lalu Johor FC sekadar seri 1-1 dengan ATM manakala Perak tunduk 2-0 kepada Kedah di Alor Setar yang menyaksikan pasukan Seladang itu berada di tangga terbawah Kumpulan C dengan hanya satu mata.

Kedah selesa menghuni tangga teratas dengan mengumpul empat mata manakala Johor FC dan ATM berkongsi dua mata.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News