Thursday, 17/08/2017


Insiden pergaduhan burukkan lagi imej penyokong Kelantan

Published on October 14, 2010 by   ·   2 Comments

Kekecohan berlaku semasa perlawanan suku akhir Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam pada 12 Oktober 2010INSIDEN pergaduhan antara penyokong bola sepak Selangor dan Kelantan ketika aksi suku akhir pertama di Stadium Shah Alam nyata menenggelamkan persembahan kedua-dua pasukan di atas padang dan ia terus merebak di luar stadium selepas perlawanan berkenaan. [VIDEO INSIDEN]

Tanpa menyebelahi atau hendak menyindir kepada mana-mana pihak, namun bukan lagi seakan-akan tetapi ia sudah menjadi satu trend atau kebiasaan di kalangan pengamal media apabila berlaku saja insiden pergaduhan melibatkan penyokong Kelantan semua 10 jari pasti akan dituding ke arah kumpulan peminat Kelantan walaupun kemungkinan ia dimulakan oleh pihak lawan.

Laporan dibuat menjurus kepada hanya satu kesimpulan: Insiden berkenaan dimulakan oleh penyokong Kelantan dan yang menjadi mangsa lemparan mercun dan objek ialah kumpulan penyokong Selangor.

Lihat saja liputan di televisyen semalam dan laporan beberapa akhbar hari ini. Tidak salah pihak televisyen hendak menemuramah mana-mana kumpulan penyokong namun jika yang ditemuramah itu hanya penyokong pasukan ‘itu’ sahaja sudah tentu ia tidak berlaku adil kepada penyokong pasukan yang satu lagi.

Berita Harian hari ini melaporkan: “Bermula dengan ledakan mercun ke arah penyokong Selangor hinggalah mercun roket yang dihalakan ke bangku simpanan tuan rumah yang tersasar ke bangku petugas perubatan, anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turut sibuk sepanjang malam untuk mengawal keadaan.

Manakala Kosmo menyiarkan sekeping gambar dengan caption belakang: “Asap bunga api yang dilontarkan penyokong pasukan kelantan sewaktu perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di antara Pasukan Selangor menentang Pasukan Kelantan di Stadium Shah Alam“.

Tidak dapat dibayangkan apa yang akan dilaporkan oleh akhbar dan tv jika ditakdirkan mangsa yang meninggal dunia ialah penyokong Selangor.

Nescaya akan ada menteri, timbalan menteri, bekas orang kuat FAM, tokoh sukan dan ‘kaki tumpang semangkuk’ akan beramai-ramai membuat tuduhan ‘ganas’ atau ‘jahat’ kepada penyokong Kelantan yang sebenarnya telah banyak menyumbang ke arah perkembangan positif bola sepak tempatan.

Apa-apa hal sekalipun sebarang keganasan dalam bola sepak tidak kiralah sama ada bergaduh, melempar mercun, membakar kerusi perlu ditentang habis-habisan dan pihak yang terlibat wajar dihukum kerana ia ibarat ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’.

Yang buruk nama ialah negeri atau pasukan segelintir penyokong yang membuat onar berkenaan sedangkan ‘pengganas’ sebenar terlepas begitu sahaja dan apabila berlangsung perlawanan lain orang sama ini akan terus mencemar imej bola sepak tempatan.




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (2)

  1. key el penyamun says:

    memang org kelantan dianak tirikan..media berat sebelah, punya la mangkuk sape2 yang berkenaan tuh!

  2. […] Insiden pergaduhan burukkan lagi imej penyokong Kelantan – Berita Liga Malaysia […]




Latest News