Indra, Aidil tagih komitmen tinggi

October 30th 2010 | Posted by admin


Final: Negeri Sembilan vs KelantanINDRA Putra Mahayuddin dan Aidil Zafuan Radzak pernah sama-sama menyarung jersi negara di pentas antarabangsa dan cukup arif dengan asam garam bola sepak biarpun masing-masing bakal bertembung sebagai dua pihak yang bertentangan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Ketua pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan itu akur dengan kesulitan jurulatih kedua-duanya dalam menampilkan barisan terbaik dalam merebut Piala Malaysia pada edisi ke-44, namun lebih yakin bahawa hanya prestasi malam ini yang bakal lebih dikenang peminat dan bukannya atas alasan siapa yang turun tanpa pemain bintang.

“Setiap pemain ada kelebihan masing-masing. Kalau tiada yang utama (Azizi Mat Rose dan S. Subramaniam), yang kedua pun masih tidak kurang hebatnya dan mampu menggalas tugas yang diamanahkan jurulatih dengan baik. Yang penting kami kena fokus dan belajar daripada pengalaman perlawanan akhir tahun lalu,” katanya.

Indra Putra pernah menjulang Piala Malaysia 2000 dengan Perak tetapi tuahnya itu belum berulang ketika berhijrah ke Pahang dan Selangor, malah sempat menjaringkan gol tunggal Kelantan yang dikecewakan Negeri Sembilan 3-1, tahun lalu dengan jaringan Shahurain Abu Samah, Hairuddin Omar dan Zaquan Adha.

”Saya akui sedikit sebanyak kehilangan tonggak senior (Rezal Zambery Yahya) pasti dirasai pasukan malah tanpa Zaquan (Adha Radzak, adik kembarnya), kami masih mara sejauh ini kerana kami sentiasa percayakan kerja sepasukan dan tidak terlalu bergantung kepada seseorang. Apa yang turut akan diutamakan (malam ini) ialah mengelakkan sebarang kesilapan,” jelas Aidil Zafuan.

Indra Putra yang dihampakan Rezal dan rakan sepasukan Si Rusa 3-1 di gelanggang sama, tahun lalu, mengakui faktor pengalaman masih memainkan peranan dalam persembahan mereka malam ini, namun ia turut mampu ditampung dengan komitmen tinggi setiap pemain dalam memastikan Kelantan membawa pulang Piala Malaysia buat kali pertama selepas gagal pada 1955 dan 1970.

“Mungkin masih yang beranggapan bahawa tahun lepas kami kalah kerana ramai pemain muda yang belum pernah merasai pengalaman perlawanan akhir Piala Malaysia apatah lagi dengan dikelilingi ribuan penyokong sendiri dan lawan yang jumlahnya luar biasa.

“Kesilapan memang mudah berlaku dalam perlawanan segenting ini tetapi ingatan saya kepada rakan sepasukan ialah jangan terlalu takut jika tersilap kerana ia bakal mengundang kesilapan lebih besar, cuma sentiasa kena fokus permainan,” kata Indra Putra.

Sementara itu, seorang lagi tonggak senior Piala Malaysia yang sudah enam kali merasai enam perlawanan akhir kejohanan berprestij kebangsaan ini, Shukor Adan secara berseloroh berkata, kelainan kali ini mungkin Hairuddin Omar bermain dengan Kelantan pula berbanding pada tahun lalu kerana bersama kami, Negeri Sembilan.

“Saya harap pasukan kami mengekalkan momentum permainan seperti menjuarai Piala Malaysia tahun lalu yang berasaskan semangat sepasukan dan hasil pengalaman dan kemampuan ketika berjaya berdepan ribuan penyokong Kelantan dalam Liga Super dan peringkat kumpulan Piala Malaysia.

“Kami perlu kekang barisan serangan Kelantan yang diakui lebih berbisa bagi saya, tugas di bek tengah akan tetap ditunaikan dengan sebaik mungkin,” katanya.

– Utusan Malaysia

Related Posts

Negeri Sembilan juara Piala Malaysia 2011

Pasukan Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia 2011 dengan menewaskan Terengganu 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam sebentar tadi. Negeri Sembilan bangkit menjaringkan dua gol dalam tempoh enam minit dan muncul juara Piala Malaysia buat kali ketiga dalam sejarah penyertaannya dalam kancah saingan Piala Malaysia. Gol kemenangan [...]

Video Sarawak vs Kelantan [0-2]

Video Sarawak FA vs Kelantan FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 KELANTAN yang juga juara Liga Super 2011 tidak menghadapi masalah untuk memungut tiga mata dalam saingan Kumpulan C menewaskan Sarawak 2-0 hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha minit ke-69 dan S Chanturu minit ke-85. Video: Sarawak 0-2 Kelantan | Gol [...]

Video Sime Darby vs Terengganu [0-3]

Video Sime Darby FC vs Terengganu FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 TERENGGANU menang 3-0 ke atas Sime Darby dalam aksi Kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, apabila memperolehi jaringan awal melalui Joseph Kallang Tie pada minit keenam. Reeshafiq Alwi menambah gol kedua 12 minit sebelum separuh masa pertama [...]

Video T-Team vs Selangor [1-0]

Video T-Team FC vs Selangor FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 SELANGOR yang beraksi dalam Kumpulan D terpaksa menerima hakikat bahawa persediaan mereka masih kurang mantap tatkala T-Team menggunakan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shahg untuk mencatat kemenangan 1-0 hasil [...]

Video Johor vs Kedah [0-2]

Video Johor FA vs Kedah FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 KEDAH menerajui Kumpulan A selepas memungut tiga mata dengan menewaskan Johor 2-0 di Stadium Larkin hasil Khyril Muhymeen Zambri yang menyumbat dua gol pada minit ketujuh dan ke-80. Video: Johor 0-2 Kedah | Gol Khyril [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.