Wednesday, 17/10/2018


Hanya keajaiban mampu selamatkan T-Team

Published on October 9, 2010 by   ·   No Comments

BERDASARKAN kedudukan semasa, hanya keajaiban yang mampu menyelamatkan pasukan kelab dari Terengganu, T-Team daripada tersingkir saingan Piala Malaysia apabila aksi terakhir Kumpulan D berlangsung malam ini.

Anak buah Che Ku Marzuki itu hanya mampu mara ke suku akhir dengan syarat perlu menewaskan pasukan yang sudah tersingkir, Felda United dengan jaringan yang besar serta berharap Selangor menewaskan Perlis dalam satu lagi perlawanan.

Ketika ini Perlis berada di tangga kedua Kumpulan D dengan sembilan mata manakala T-Team di tempat ketiga dengan enam mata.

Berdasarkan kedudukan itu, Perlis hanya memerlukan keputusan seri dengan Selangor untuk menutup terus peluang T-Team mara ke pusingan kalah mati yang bermula minggu depan.

“Kami hanya ada 90 minit untuk mengubah nasib pasukan dan sudah semestinya kami memerlukan kemenangan dengan sekurang-kurangnya menjaringkan lima gol.

“Dalam masa yang sama, kami turut mengharapkan agar Selangor tidak memberi peluang kepada Perlis untuk mengutip sebarang mata.

“Saya akui tugas kami pada perlawanan ini cukup sukar dan agak mustahil, tetapi saya tetap yakin dengan semangat yang ada pada semua pemain,” kata Che Ku Marzuki.




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News