Saturday, 25/01/2020


Felda United perlu usaha keras

Published on October 6, 2010 by   ·   No Comments

SUNGGUHPUN berjaya melayakkan diri ke suku akhir musim ini, Selangor tetap tidak akan memberi laluan mudah buat FELDA United dalam baki saingan Kumpulan D di Stadium Shah Alam malam ini kerana maruah gelanggang sendiri menjadi pertaruhan.

Berbangga dengan kejayaan sebagai pasukan pertama ke pusingan lapan terakhir tatkala pasukan lain masih bergelut menempah tiket, Selangor kini mengalihkan perhatian kepada peringkat kalah mati, tetapi rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri musim ini harus dipertahankan.

“Kami belum tewas musim ini, jadi kami mahu pertahankan rekod kebanggaan kami ini dan tidak akan mengambil mudah perlawanan ini,” kata jurulatih merangkap pengurus, K Devan.

“Kami akan membuat beberapa perubahan dengan membawa masuk Farderin Kadir dan R Surendran bagi menggantikan dua pemain yang digantung, Khairul Anuar Baharom dan Hardi Jaafar.

“Kami kini boleh menumpukan perhatian kepada suku akhir, dengan Negeri Sembilan, Kelantan atau PKNS bakal menjadi lawan kami nanti. Fokus kami adalah suku akhir dan kami tidak kisah siapa lawan kami,” katanya.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News