Tuesday, 16/10/2018


FAM tangguh penggantungan Sathianathan

Published on October 25, 2010 by   ·   No Comments

Jawatankuasa Rayuan FAM terima rayuan bertulis Sathianathan

KEM pasukan Kelantan menerima khabar gembira menjelang aksi final Piala Malaysia 2010 Sabtu ini apabila Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) petang ini membuat keputusan menerima rayuan B Sathianathan bagi menangguhkan hukuman penggantungan selama enam bulan oleh jawatankuasa disiplin badan induk itu Jumaat lalu.

Bagaimanapun penangguhan itu hanya bersifat sementara dan Sathianathan tetap tidak terlepas daripada dikenakan tindakan apabila jawatankuasa terbabit bersidang semula bagi meneliti kesahihan rayuan bekas jurulatih kebangsaan itu.

Keputusan berkenaan dicapai FAM selepas meneliti rayuan bertulis Sathianathan kepada badan induk bola sepak kebangsaan itu menerusi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) petang tadi.

Jika didapati alasan diberikan Sathianathan munasabah hukuman penggantungan berkenaan kemungkinan besar akan dikurangkan.

Pada Jumaat lalu Jawatankuasa Disiplin FAM menggantung Sathianathan daripada berada bersama pemain semasa perlawanan selama enam bulan kerana melanggar statut FAM apabila mempertikai keputusan diambil persatuan itu.

Akibat keputusan itu, Sathianathan terlepas untuk bersama pasukan Kelantan dalam aksi separuh akhir kedua menentang Kedah di Kota Bharu dua hari lalu.

Meskipun dalam keadaan sukar, Kelantan berjaya juga mengatasi Kedah 1-0 untuk mara ke perlawanan akhir menentang Negeri Sembilan di pentas final, 30 Oktober nanti.

Keputusan terbaru FAM bermakna Sathianathan akan bersama skuad Kelantan pada perlawanan akhir nanti.

Kenyataan Rasmi FAM:

PIHAK Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan ini mengesahkan telah menerima surat rayuan Encik Satianathan a/l Bashkaran, Ketua Jurulatih Pasukan Bolasepak Kelantan, yang diterima melalui faks pada 25 Oktober jam 2.33 petang yang dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Rayuan FAM pada jam 5.45 petang pada hari yang sama.

Berasaskan kepada Perkara 7.1.1 dan 7.5.1 Kod Tatatertib FAM 2010, adalah dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Rayuan FAM dengan ini telah memutuskan hukuman penggantungan selama 6 bulan yang dijatuhkan ke atas Encik Satianathan a/l Bashkaran di TANGGUHKAN penguatkuasaannya dengan SERTA MERTA sehingga Jawatankuasa berkenaan bersidang.

25 Oktober 2010
Sekretariat FAM




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News